Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gua Tham Luang lokasi Wild Boars terperangkap dibuka semula

Nov 02, 2019 | 01:53 PM



BANGKOK: Seramai 2,000 pelancong dilaporkan mengunjungi gua Tham Luang sejak ia kembali dibuka semalam, selepas ditutup sejak 2018.



Ia susulan insiden 12 pemain bola sepak dan jurulatih mereka terperangkap di dalam gua itu, yang terletak di wilayah Chiang Rai di utara Thailand.



Dalam kejadian pada Jun 2018 itu, anggota Wild Boars berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama hampir tiga minggu, apabila laluan keluar gua itu dinaiki air.



“Kami sudah memberi kebenaran kepada pengunjung untuk melihat suasana di pintu masuk gua itu,” kata pengarah pejabat pemuliharaan tempatan, Kamolchai Kotcha kepada AFP.



Namun, beliau berkata, buat masa ini, pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan dalam gua, sebaliknya mereka hanya boleh berbuat demikian selepas pihaknya memastikan keselamatan laluan berkenaan.



“Beberapa peralatan menyelamat yang ditinggalkan pasukan penyelamat, termasuk wayar telefon, mungkin dipamerkan di dalam gua terbabit untuk tatapan pelawat pada masa akan datang,” kata Kotcha.



Polis tempatan menyedari kehadiran anggota Wild Board di dalam gua itu, selepas menemui basikal dan beg milik mereka di depan pintu gua terbabit.



Kunjungan ke gua Tham Luang pada Jun 2018, adalah rutin pada anggota Wild Boars, selepas menghadiri latihan bola sepak, sebelum terperangkap apabila satu-satunya jalan keluar dinaiki air.



Insiden itu menarik perhatian ratusan penduduk dan anggota penyelamat ke kawasan itu bagi menyelamatkan mereka, yang kemudiannya ditemui selamat tetapi lemah.



Filem yang memaparkan operasi menyelamat kesemua mangsa bakal ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Busan di Korea Selatan, bulan ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >