Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Guan Eng beri butiran bagaimana hutang M'sia capai RM1 trilion

May 26, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Malaysia, Encik Lim Guan Eng, telah mengeluarkan butir-butir mengenai bagaimana hutang nasional Malaysia mencapai berjumlah RM1 trilion ($338 bilion).



Ini sebagai respons kepada dakwaan mantan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bahawa tindakan mendedahkan hutang negara akan menyulitkan pasaran kewangan dan mengejutkan agensi penarafan kredit serta keyakinan pelabur.



Encik Lim berkata angka RM1 trilion yang dipetik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk jumlah hutang kerajaan, jaminan kerajaan dan pembayaran pajakan bagi perkongsian awam-swasta (PPP).



"Hutang kerajaan Persekutuan rasmi sebanyak RM686.8 bilion (50.8 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP)).



"Di samping itu, kerajaan sudah komited untuk membayar jaminan kerajaan bagi pelbagai entiti yang tidak mampu membayar hutang mereka, iaitu sebanyak RM199.1 bilion (14.6 peratus daripada GDP)," katanya.



Encik Lim menambah bahawa jaminan kerajaan ialah bagi entiti seperti Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 bilion), Govco Holdings Bhd (RM8.8 bilion), Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 bilion), Malaysia Rail-link Sdn Bhd (RM14.5 bilion) dan juga anggaran RM38 bil bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



"Berdasarkan dua perkara di atas, hutang itu berjumlah RM885.9 bilion atau 65.4 peratus daripada GDP," katanya.



Encik Lim menambah bahawa Kerajaan juga perlu membuat pembayaran pajakan bagi projek 'PPP' seperti pembinaan sekolah, jalan raya, hospital dan balai polis, yang berjumlah RM201.4 bilion (14.9 peratus daripada GDP).



"Oleh itu, hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,087.3 bilion atau 80.3 peratus daripada GDP sehingga 31 Disember, 2017," ujarnya.



"Kerajaan baru akan melaksanakan pentadbiran kami berdasarkan prinsip kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT).



"Kami mahu menetapkan garis dasar sebenar mengenai keadaan kewangan, mendiagnosis masalah dan kemudian menetapkan semua remedi yang perlu," katanya.



Encik Lim berkata dalam satu kenyataan kelmarin "keputusan mengatakan kebenaran mungkin mengganggu (Datuk) Najib tetapi kami yakin dengan mengiktiraf situasi hutang sebenar hari ini, ia akan membolehkan kerajaan Persekutuan mengambil tindakan konkrit untuk mengurus dan mengukuhkan kedudukan kewangan kita".



"Pentadbiran ini meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu, dan oleh kerana itu, perlu melakukan sesuatu yang sukar sekarang, bekerja keras untuk menyelesaikan masalah kami, dan bukannya membiarkannya meletup di wajah kami di masa depan," katanya.



Bagaimanapun, beliau meyakinkan orang ramai dengan berkata:



"Sektor kewangan stabil, sektor perbankan mempunyai modal tinggi dan ada mudah tunai yang mencukupi di pasaran".



Norma yang diterima di peringkat antarabangsa bagi nisbah hutang kepada GDP ialah 55 peratus atau lebih rendah.



Di bawah kerajaan Datuk Najib, ia dinyatakan sebagai 50.4 peratus. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >