Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guna kad kredit, debit bayar tol, caj jalan di Koswe, Laluan Kedua pada suku ketiga 2024

Mar 30, 2023 | 3:31 PM
Foto BH oleh KHALID BABA
Foto BH oleh KHALID BABA -

KUALA LUMPUR: Malaysia merancang untuk membenarkan pemandu dari Singapura menggunakan kad kredit dan kad debit untuk membayar tol dan caj jalan di Koswe dan Laluan Kedua menjelang akhir suku ketiga 2024 dan mengetepikan kad Touch 'n Go. Kerajaan Malaysia sedang berbincang dengan syarikat konsesi Plus Expressways, yang mengendalikan sistem caj jalan di pusat pemeriksaan Johor di Koswe dan Laluan Kedua, untuk membolehkan pelawat asing menggunakan kad kredit dan debit yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sistem tersebut akan mula dilancarkan menjelang September 2023 di pondok tol di 11 lebuh raya Malaysia. "Dalam masa terdekat, pengunjung asing boleh menggunakan kad debit dan kredit mereka untuk membayar tol di lebuh raya dengan pilihan sistem pembayaran terbuka, iaitu platform alternatif yang disediakan untuk pemandu membayar caj tol menggunakan kad debit dan kredit Mastercard dan Visa, selain Kad Touch 'n Go," kata Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kepada The Straits Times. "Pengguna akan mempunyai pilihan pembayaran dan boleh melakukan perjalanan dengan selesa kerana mereka tidak perlu risau tentang status kad Touch 'n Go mereka," katanya. Beliau berkata pelaksanaan akan mengambil masa di dua lintasan darat berikutan kerumitan teknikal yang melibatkan agensi Malaysia yang berbeza, tetapi menyasarkan ia dimulakan sebelum September 2024. - ST

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg