Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Guna nama untuk iklan ubat rangsang seks: Siti Nurhaliza mahu saman peniaga

Jan 11, 2017 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi satu iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.



Promosi tersebut, yang muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna, kemudian dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.



Siti Nurhaliza, 38 tahun, yang turut terkejut dengan penyebaran iklan itu, menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar mereka berdua tanpa kebenaran demi melariskan produk adalah satu kesalahan besar.



"Saya memberi amaran keras kepada peniaga terbabit supaya berhenti menggunakan nama serta gambar saya dan suami," katanya kepada Kosmo!.



"Ini kerana kami berdua langsung tidak pernah terlibat dengan produk tersebut.



"Jika pihak peniaga tersebut tidak memadamkan gambar serta iklan yang menggunakan nama kami, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," kata Siti Nurhaliza.



Akhbar itu melaporkan bahawa penyanyi Percayalah dan suaminya diaibkan apabila didakwa, melalui iklan tersebut, menggunakan perangsang seks kerana ada masalah mati pucuk.



Harga produk tersebut turut dijual di luar negara dengan harga antara RM150 ($48) dengan RM200 ($64) sebotol dengan 90 biji pil. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >