ROCHESTER: Ketua kesatuan bagi jabatan Polis Rochester, New York, mempertahankan tindakan pegawai polis yang menggunakan penutup kepala atau serkup dalam penangkapan Daniel Prude Mac lalu.

Kematian Prude, seorang lelaki kulit hitam, mencetuskan bantahan di Amerika namun Encik Michael Mazzeo, presiden Rochester Police Locust Club memberitahu sidang media bahawa para pegawai tersebut bertindak mengikut protokol.