Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gunung Agung mula reda, penduduk dibenar pulang

Feb 10, 2018 | 2:57 PM
Letusan Gunung Agung dilihat dari desa Kubu di Karangasem, Bali, pada 28 November tahun lalu. Tahap amaran gunung Agung telah diturunkan daripada peringkat empat kepada tiga, yang mengesahkan tiada ancaman ia akan meletus.
Letusan Gunung Agung dilihat dari desa Kubu di Karangasem, Bali, pada 28 November tahun lalu. Tahap amaran gunung Agung telah diturunkan daripada peringkat empat kepada tiga, yang mengesahkan tiada ancaman ia akan meletus. - Foto REUTERS

JAKARTA: Ribuan penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah mereka di pulau Bali disebabkan amaran gunung berapi meletus sebelum ini, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kata pihak berkuasa pada Sabtu (10 Feb) selepas tahap amaran gunung berapi Agung diturunkan.

Gunung berapi itu, yang terletak 75 kilometer dari pusat pelancongan di Kuta, memuntahkan debu dan asap tebal secara berkala selama berbulan, sekali gus memaksa lebih 10,000 penduduk tinggal berhampirannya dipindahkan manakala lapangan terbang antarabangsa ditutup.

Pusat Vulkanologi Indonesia pada Sabtu menurunkan tahap amaran gunung Agung daripada peringkat empat kepada tiga, yang mengesahkan tiada ancaman ia akan meletus.

"Gempa vulkanik ketara merosot. Perubahan bentuk bukan sekadar berkurangan bahkan semakin stabil, malah kepekatan gas yang dimuntahkan gunung itu juga dilihat reda," kata pakar gunung berapi kanan Gede Suantikan, kepada AFP.

Di bawah tahap amaran baru ini, zon dilarang masuk dikurangkan kepada empat kilometer dari gunung itu manakala kawasan sekitarnya yang sebelumnya dikosongkan mula membenarkan penduduk pulang ke rumah masing-masing, kata pihak berkuasa.

"Rutin awam seperti pelancongan di Bali diisytiharkan selamat dan tiada lagi gangguan daripada aktiviti Gunung Agung," kata Menteri Tenaga Indonesia, Encik Ignasius Jonan, dalam satu kenyataan.

Gunung Agung bergegar pada September tahun lalu namun kegiatannya dilihat perlahan pada hujung Oktober sebelum ancaman meletus memuncak kembali pada November.

Ia menjejaskan industri pelancongan di Bali hingga memberikan kesan buruk terhadap ekonomi tempatan. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg