Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gunung berapi Iceland meletus

Mar 21, 2021 | 5:30 AM
BERJAGA-JAGA: Gunung berapi Fagradalsfjall memuntahkan lahar setelah meletus kelmarin. - Foto AFP
BERJAGA-JAGA: Gunung berapi Fagradalsfjall memuntahkan lahar setelah meletus kelmarin. - Foto AFP -

REYKJAVIK: Sebuah gunung berapi meletus hanya 40 kilometer dari ibu negara Iceland, Reykjavik, kelmarin dengan mengeluarkan lava dan cahaya merah menyala ke langit ketika zon larangan terbang diwujudkan di kawasan itu.

"Letusan gunung berapi telah bermula di Fagradalsfjall. Kod warna penerbangan berwarna merah tetapi sangat sedikit pergolakan dilihat pada seismometer," tulis Pejabat Meteorologi Iceland (IMO), yang memantau aktiviti gempa, di Twitter.

Aliran lava merah dapat dilihat keluar dalam rakaman video yang difilemkan oleh helikopter pengawal pantai dan dihantar oleh IMO di laman Facebooknya.

"Rekahan dianggarkan sepanjang kira-kira 200 meter," tulis IMO.

Pegawai polis dan pengawal pantai bergegas ke tempat kejadian malam kelmarin, tetapi orang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari kawasan itu.

Sistem gunung berapi Krysuvik, yang tidak mempunyai gunung berapi pusat, terletak di selatan Gunung Fagradalsfjall di semenanjung Reykjanes, di barat daya Iceland.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg