Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus

Dec 04, 2021 | 09:54 PM

JAKARTA: Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang, Jawa Timur, meletus pada 3.20 petang (Waktu Indonesia Barat) pada Sabtu (4 Dis).
Letusan gunung berapi setinggi 3,676 meter itu menyebabkan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Menurut kenyataan  yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia,  agensi bencana tempatan sedang mendirikan khemah pemindahan.


Satu video yang dikongsi BNPB menunjukkan penduduk tempatan berlari sambil asap dan abu menyelubungi beberapa kampung berhampiran di wilayah Jawa Timur itu.
Abu gunung berapi dan awan panas dikesan di kawasan itu kira-kira 3 petang, kata pegawai BNPB, Encik Abdul Muhari.
Encik Thoriqul Haq, ketua daerah Lumajang dekat Gunung Semeru, memberitahu Reuters bahawa jalan dan jambatan yang menghubungkan Lumajang dan bandar berhampiran Malang telah terputus. – Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3