Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus; 13 korban sejauh ini

Dec 06, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Gunung berapi Semeru yang meletus kelmarin meragut 13 nyawa setakat ini sedang pasukan penyelamat menggandakan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terselamat.



Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Encik Abdul Muhari, berkata pasukan penyelamat kini bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah litupan debu gunung berapi.



"Angka kematian meningkat kepada 13 orang ketika ini.



"Penyelamat menemui banyak mangsa yang terkorban," katanya sambil menambah bahawa 10 mangsa yang sebelum ini tertimbus berjaya diselamatkan hidup-hidup.



Laporan awal menyebut letusan Gunung Semeru itu meragut satu nyawa manakala berpuluh lagi melecur serta ratusan terpaksa meninggalkan kediaman mereka.



Pihak berkuasa berkata dua lagi penduduk dilaporkan hilang manakala lapan terperangkap dalam sisa letusan.



Lebih 300 keluarga dengan kanak-kanak terpaksa mendapatkan perlindungan di kampung Curah Kerobokan di Lumajang, Jawa Timur, yang turut terjejas, selepas rumah mereka musnah akibat ditimpa abu gunung berapi dan lahar.



Pihak berkuasa tempatan berkata penduduk di kampung berdekatan juga terpaksa lari menyelamatkan diri apabila lahar dan abu gunung berapi melimpah ke penempatan mereka.



Pihak penyelamat di Curah Kerobokan pula menemui satu mayat selepas sekitar sejam operasi mencari dijalankan.



Timbalan pemimpin Lumajang, Encik Indah Masdar, berkata seramai 41 orang melecur teruk apabila terkena lahar gunung berapi.



"Kami membawa mereka yang cedera ke pusat kesihatan dan yang melecur juga sangat serius dan terpaksa dibawa ke hospital," katanya.



Beliau berkata dua yang cedera yang dirawat di pusat kesihatan adalah wanita mengandung.



Abu tebal serta lahar setinggi paras lutut yang mula keras menyukarkan kerja pasukan penyelamat mencari dua penduduk yang hilang serta menyelamat lapan orang yang terperangkap di sebuah bangunan dilitupi debu.



Encik Indah Masdar berkata akses ke Lumajang juga terputus apabila lahar yang sudah sejuk memusnahkan satu jambatan.



Pasukan bantuan dilaporkan sukar ke lokasi membantu penduduk yang berteduh akibat timbunan debu gunung berapi menghalang mereka sampai ke destinasi.



Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia menyatakan abu gunung berapi itu memasuki Lautan Hindi di bahagian selatan kepulauan Jawa itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >