Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gunung Everest ragut nyawa seorang lagi pendaki

Warga Australia menjadi mangsa korban ke-10 dalam musim pendakian masa ini
May 21, 2023 | 10:04 PM
SAUJANA MATA MEMANDANG: Foto yang dirakamkan pada 31 Mei 2021 menunjukkan Banjaran Himalaya yang dilihat dari puncak Gunung Everest yang mencapai ketinggian 8,849 metres di Nepal. - Foto
SAUJANA MATA MEMANDANG: Foto yang dirakamkan pada 31 Mei 2021 menunjukkan Banjaran Himalaya yang dilihat dari puncak Gunung Everest yang mencapai ketinggian 8,849 metres di Nepal. - Foto - AFP

KATHMANDU (Nepal): Seorang pendaki warga Australia menjadi mangsa terbaru yang maut di Everest, kata penganjur ekspedisinya hari ini, menjadikan jumlah kematian ke-10 di puncak tertinggi dunia itu pada musim pendakian kali ini.

Encik Jason Bernard Kennison, 40 tahun, yang dilaporkan terselamat dalam nahas kereta pada 2006, dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sihat pada hari Jumaat, kata Asian Trekking.

Selepas menjadi 'tidak responsif' pada pendakian itu, Kennison dibawa turun ke kawasan balkoni di bawah puncak, Ketua Asian Trekking, Dawa Steven Sherpa memberitahu agensi berita AFP.

"Memandangkan silinder oksigen yang mereka bawa kehabisan, mereka memutuskan untuk turun ke Kem 4 dengan harapan dapat naik semula dengan silinder oksigen untuk menyelamatkannya," kata Sherpa.

"Angin kencang dan cuaca buruk menghalang mereka untuk membawanya pulang. Dia meninggal dunia di kawasan balkoni.

Kematian Kennison adalah yang keenam dalam kalangan bukan warga Nepal, manakala empat Sherpa kehilangan nyawa mereka di Everest pada musim pendakian tahun ini.

Secara purata, lima pendaki meninggal dunia setiap musim pendakian di Everest.

Bagaimanapun, pada 2019 seramai 11 orang maut dengan empat daripada kematian dipercayai akibat kesesakan di atas gunung itu.

Menurut laporan media Australia, Encik Kennison menghabiskan masa bertahun-tahun untuk belajar berjalan semula selepas kemalangan jalan raya itu menyebabkan dia mengalami pelbagai kecederaan termasuk saraf tunjangnya.

Hampir 450 pendaki sudah mendaki Gunung Everest musim ini, menurut jabatan pelancongan Nepal.

Pihak berkuasa mengeluarkan 478 permit kepada pendaki asing tahun ini, dengan masing-masing membayar yuran AS$11,000.

Seorang pendaki Singapura, Encik Shrinivas Sainis Dattatraya,39 tahun, yang merupakan pengarah eksekutif di firma hartanah Jones Lang LaSalle, mengatakan kepada isterinya pada Jumaat lalu (19 Mei) bahawa beliau telah sampai ke puncak Gunung Everest, tetapi mungkin tidak dapat turun semula.

Rakyat Malaysia, Encik Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56 tahun, meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest, yang berketinggian 8,848 meter dari paras laut.

Seorang lagi pendaki, Encik Muhammad Hawari Hashim, 33 tahun, yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dilaporkan hilang dipercayai ketika menuju kem tiga, selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest. - AFP, BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg