Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gunung Merapi Indonesia meletus, muntahkan lahar

Feb 19, 2021 | 05:55 PM



JAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia, antara gunung berapi paling aktif di dunia, meletus pada Jumaat (19 Feb), mengeluarkan lahar merah.


Gunung berapi itu, dekat dengan ibu kota budaya Indonesia Jogjakarta di Pulau Jawa, telah mengeluarkan lahar hampir 12 kali sepanjang dua hari lalu dan menyebabkan ratusan gegaran gunung berapi kecil, menurut laporan oleh badan geologi Indonesia.


"Pagi ini, longsoran lahar diperhatikan sebanyak tujuh kali," kata agensi itu yang turut menyatakan lahar mengalir sejauh 700 meter ke arah barat daya.


Bagaimanapun, amaran rasmi mengenai status gunung berapi itu tidak berubah pada tahap kedua tertinggi sejak November lalu.


Penduduk berhampiran diberitahu agar mengelakkan kawasan itu dalam lingkungan lima kilometer dari kawah dan diberi amaran mengenai lahar serta bahan gunung berapi yang dibawa angin.


Letusan besar terakhir Gunung Merapi pada 2010 mengorbankan lebih 300 orang dan memaksa pemindahan sekitar 280,000 penduduk dari kawasan sekitar. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >