Topik diikuti
Pergi ke BHkuGunung Sinabung di utara Sumatera meletus lagi

JAKARTA: Gunung Sinabung yang terletak dalam daerah Karo di wilayah Sumatera Utara meletus awal pagi tadi dan menyemburkan abu panas sejauh dua kilometer ke langit.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Dr Sutopo Purwo Nugroho, menyatakan letusan itu berlaku pukul 2.45 pagi waktu tempatan diikuti beberapa gegaran serta semburan abu ke arah timur dan tenggara serta 1.5 kilometer ke selatan kawah gunung berapi itu.
"Namun, letusan itu tidak mengakibatkan kematian atau mencetuskan pemindahan baru," katanya sambil memberitahu bahawa penduduk yang tingal di zon merah atau bahaya telah dipindahkan.
Semalam, gunung berapi itu mula meletus dan menyemburkan abu setinggi 1.5 kilometer, kata Dr Sutopo.
Gunung Sinabung telah diletakkan di bawah amaran sejak 2 Julai 2015 dengan zon larangan diisytiharkan sejauh tujuh kilometer di selatan, tenggara dan timur kawah gunung berapi, katanya lagi.
Gunung Sinabung adalah antara 129 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. - Agensi berita.
