GUNUNG Sinabung mula meletuskan asap tebal ketika dirakam dari perkampungan Beganding di Karo, utara Sumatera kelmarin. Penduduk sekitar telah diarahkan meninggalkan kediaman dan berpindah ke lokasi selamat dari Sinabung, antara gunung berapi paling aktif di Indonesia.