Topik diikuti
Pergi ke BHkuHadi: PAS bersedia bekerja bersama BN

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya "bersedia menemui menteri-menteri berkenaan dan Perdana Menteri ke arah menyelesaikan isu-isu rakyat". Gambar fail NSTP
Oct 28, 2015 | 10:45 AM
Hadi: PAS bersedia bekerja bersama BN
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah memberi bayangan paling terang, dengan berkata ia bersedia bertemu dan bekerja bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan perpisahannya dengan pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, beliau berkata langkah itu tidak bermakna ia akan membentuk sebuah kerajaan perpaduan.