Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hakim Seattle tolak permohonan Jabatan Kehakiman agar gantung prosiding larangan imigresen Trump

Feb 14, 2017 | 10:03 AM



SEATTLE: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat menolak pada Isnin (13 Feb) permintaan Jabatan Kehakiman agar digantung prosiding mahkamah Seattle mengenai larangan perjalanan sementara yang Presiden Donald Trump kenakan terhadap rakyat tujuh negara majoriti Muslim hingga mahkamah rayuan mengkaji sepenuhnya arahan larangan itu.



Jabatan itu berhujah Mahkamah Rayuan Litar Amerika Kesembilan perlu mengkaji semula penggantungan arahan Encik Trump itu sebelum prosiding lain dijalankan, termasuk potensi prosiding mengenai motif beliau di sebalik tindakan tersebut.



Arahan Encik Trump, yang beliau sifatkan sebagai langkah keselamatan negara bagi menghadang serangan oleh militan Islam, melarang rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman memasuki Amerika selama 90 hari dan semua pelarian selama 120 hari, kecuali dari Syria, yang diharamkan selama-lamanya.



Hakim Daerah James Robart di Seattle menggantung arahan Encik Trump itu selepas kesahihannya dicabar oleh kerajaan Washington.



Ini membuat Encik Trump meluahkan melalui tweet perasaan marahnya terhadap hakim itu dan sistem mahkamah. Keputusan hakim itu dipertahan oleh Mahkamah Litar Kesembilan di San Francisco minggu lepas.



Semasa perbicaraan di Mahkamah Seattle pada Isnin, Hakim Robart berkata beliau melihat tidak ada sebab untuk melambatkan kes itu, sambil menambah beliau "terkejut" Jabatan Kehakiman memohon penanguhan di tengah-tengah kemaharan Encik Trump mengenai keputusan Mahkamah Litar Kesembilan.



Menyusuli keputusan Mahkamah Litar Kesembilan, Encik Trump mengumumkan kemungkinan "arahan baru" dikeluarkan seawal minggu ini. Beliau tidak memberi sembarang butiran mengenai arahan baru yang sedang dipertimbangkannya.



Seorang hakim Mahkamah Litar Kesembilan yang tidak dikenal pasti meminta pada Jumaat (10 Feb) agar 25 hakim sepenuh masa mahkamah itu mengundi apakah penggantungan sementara arahan Encik Trump perlu didengar semula di hadapan sebuah panel 11 hakim, yang dikenali sebagai kajian en banc.



Mahkamah itu telah meminta kedua-dua pihak memfailkan hujah pada Khamis. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >