Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MEMPERINGATI 20 TAHUN SERANGAN PENGGANAS 9/11 KE ATAS AMERIKA

Hakim tentera Amerika arah teruskan bicara pelaku serangan

911
Sep 10, 2021 | 05:30 AM



PANGKALAN LAUT GUANTANAMO BAY (Cuba): Hakim tentera baru bagi perbicaraan serangan 11 September di Guantanamo Bay berkata beliau mahu melihat "tindakan" setelah perbicaraan dijalankan selama sembilan tahun.



Kolonel Angkatan Udara Matthew McCall memberitahu mahkamah suruhanjaya tentera di pangkalan laut Amerika Syarikat di Cuba, beliau tidak akan menghalang peguam membela 'arkitek' 9/11, Khalid Sheikh Mohammed, dan empat yang lain berhujah mereka dinafikan proses yang sepatutnya kerana diseksa Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.



Bercakap tiga hari sebelum ulang tahun ke-20 serangan 9/11 oleh Al-Qaeda, Kolonel McCall berkata beliau mahu melalui fasa praperbicaraan yang sudah lama berlarutan bagi kes hukuman mati, yang sejauh ini melalui tujuh hakim.



"Kes ini sudah berjalan sungguh lama," kata Kolonel McCall kepada peguam, defendan dan anggota keluarga mangsa 9/11 di mahkamah.



"Saya tidak merasa sebarang tekanan untuk mendapatkan kes ini dibicarakan," ujar beliau di tengah-tengah keprihatinan pembela berhubung campur tangan politik.



Namun, beliau "mahu melihat tindakan" untuk menggerakkan kes itu.



Hari kedua pembicaraan selepas berehat selama 18 bulan ekoran pandemik Covid-19 tertumpu pada usaha meneliti semula kemungkinan sikap bias hakim itu.



Salah seorang peguam Mohammaed, Encik Gary Sowards, mempersoal Kolonel McCall mengenai reaksi peribadinya terhadap serangan 11 September, pengalamannya meneliti semula tahanan di Iraq, dan pandangannya mengenai perbicaraan bertahap keselamatan tinggi itu.



"Ini adalah perbicaraan berpolitik," kata Encik Sowards, sambil berkata pemerintah menggunakan kuasanya untuk menutupi penyeksaan yang dijalankan CIA ke atas lima lelaki itu di tapak-tapak rahsia, sebelum mereka tiba di Guantanamo pada 2006.



"Kesan seksaan itu akan sentiasa dirasai. Senjata mereka adalah keselamatan nasional dan rahsia negara," hujah beliau mengenai pendakwa raya tentera.



Mohammed dan tertuduh lain - Ammar al-Baluchi, Walid bin Attash, Ramzi bin al-Shibh dan Mustafa al-Hawsawi - hadir di mahkamah pada hari kedua perbicaraan. Mereka dituduh melakukan pengganasan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas 2,976 orang dalam serangan itu.



Peguam bela mencabar Kolonel McCall mengenai pandangannya berkaitan Islam selepas beliau membaca buku oleh pakar sejarah Timur Tengah Bernard Lewis sebelum dikerahkan ke Iraq pada awal 2000-an.



Lewis, yang menulis buku berjudul Clash of Civilizations, menjadi kontroversil kerana menggalak pentadbiran George W. Bush menakluki Iraq dengan harapan ia akan menetapkan semula laluan sejarah dan masyarakat dalam Dunia Arab.



Namun Kolonel McCall berkata beliau tidak mempunyai pandangan serupa.



"Saya tidak fikir anda boleh melihat Islam sebagai satu blok besar," katanya.



Semua agama mempunyai golongan sederhana dan pelampau, tambah beliau.



"Saya cuba membaca sumber berita yang pelbagai," ujar Kolonel McCall, sambil menganggap dirinya sebagai "agak berfikiran terbuka".



Beliau menambah bahawa sebagai peguam tentera, beliau telah bekerja di Iraq pada sekitar 2000 dengan menyemak semula kes tahanan sebelum mereka ditempatkan dalam sistem keadilan Iraq.



Kebanyakan mereka tidak bersalah bagi kesalahan serius dan wajar dibebas, ujar Kolonel McCall.



Tetapi beliau tidak bertanggungjawab di atas warga Iraq yang dihukum mati dan yang lain yang kekal ditahan walaupun tiada bukti terhadap mereka. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >