Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir 14 jam tunggu jenazah diambil sedang kes Covid-19 meningkat di Jakarta

Jun 25, 2021 | 5:30 AM
RAWAT PESAKIT: Kakitangan perubatan di Unit Jagaan Rapi (ICU) di Hospital Kota Bogor menjalankan pemeriksaan biasa ke atas pesakit Covid-19 di hospital tersebut pada 23 Jun lalu. - Foto EPA-EFE
RAWAT PESAKIT: Kakitangan perubatan di Unit Jagaan Rapi (ICU) di Hospital Kota Bogor menjalankan pemeriksaan biasa ke atas pesakit Covid-19 di hospital tersebut pada 23 Jun lalu. - Foto EPA-EFE -

JAKARTA: Ia memakan masa hampir 14 jam sebelum pihak berkuasa mengambil jenazah mangsa Covid-19 di Jakarta minggu ini, kata polis, sedang ibu kota Indonesia itu berdepan lonjakan kes dan kematian akibat koronavirus.

Polis di kawasan pelabuhan Tanjung Priok berkata, mereka menjawab panggilan tentang jenazah Covid-19 pada Isnin lalu, yang telah diselimuti dengan kain putih di luar pintu sebuah rumah di Jakarta Utara.

Oleh kerana mereka tidak dibenarkan menguruskan mangsa koronavirus, anggota polis harus menghubungi pasukan bertindak tempatan, tetapi diarahkan untuk menunggu.

"Jenazah itu adalah yang kelapan dalam barisan kerana pasukan bertindak Covid-19 Jakarta sedang menguruskan mangsa-mangsa lain, kata Ketua Polis Tanjung Priok, Encik Ghulam Pasaribu, yang ditukil agensi berita Reuters.

Jenazah itu telah diambil pada 1.30 pagi pada Selasa lalu (22 Jun), lebih 13 jam kemudian.

Ia merupakan salah satu dari 143 pengebumian di Jakarta pada hari itu - yang terbanyak sejak pandemik berlaku - menurut Encik Ivan Nurcahyo, petugas di jabatan taman Jakarta, yang bertanggungjawab menguruskan pusara dan pengebumian.

Pada hari yang sama di kawasan lain bandar itu, seorang wanita berusia 69 tahun yang diuji positif terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk ke rumah sakit, selepas ahli keluarganya gagal mendapatkan ambulan, lapor stesen televisyen MetroTV.

Berita mengenainya menyingkap cabaran yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan yang rapuh di Indonesia sedang jumlah kes jangkitan dan kematian terus meningkat.

Indonesia sehingga kelmarin mencatatkan 2,033,421 kes jangkitan Covid-19, dengan 55,594 kematian sementara 1,817,303 telah sembuh sejak pandemik bermula. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg