Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hampir seluruh kawasan dunia terdedah pada udara tidak sihat: Kajian

Mar 08, 2023 | 05:30 AM



MELBOURNE: Bukan rahsia lagi bahawa pencemaran udara merupakan masalah serius yang dihadapi dunia hari ini.



Berapa serius? Kajian terkini tentang tahap pencemaran udara harian peringkat sejagat menunjukkan bahawa hampir seluruh tempat di bumi ini berdepan dengan mutu udara tidak sihat.



Akhbar, The Straits Times, pada Isnin melaporkan, kira-kira 99.82 peratus daripada kawasan daratan sedunia terdedah kepada tahap zarahan 2.5 (PM2.5) - zarah-zarah kecil di udara yang dikaitkan saintis dengan barah paru-paru dan penyakit jantung.



Ini, menurut kajian semakan institusi setara yang diterbitkan pada Isnin dalam jurnal, The Lancet Planetary Health, adalah melebihi had keselamatan yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Hanya 0.001 peratus daripada penduduk dunia yang menghirup udara yang dianggap boleh diterima, kata akhbar itu.



Dijalankan oleh saintis di Australia dan China, kajian itu mendapati bahawa pada peringkat global, lebih daripada 70 peratus hari pada 2019 mempunyai kepekatan harian PM2.5 mengatasi 15 mikrogram (mcg) bahan pencemar gas setiap meter padu - sebagaimana disyorkan WHO untuk had harian.



Mutu udara amat membimbangkan di kawasan seperti Asia selatan dan Asia timur, di mana lebih 90 peratus hari mempunyai kepekatan PM2.5 melebihi ambang 15mcg.



Walaupun sebarang jumlah PM2.5 berbahaya, saintis dan pengawal selia biasanya kurang mengambil berat tentang tahap harian berbanding pendedahan kronik.



"Saya berharap kajian kami dapat mengubah fikiran saintis dan penggubal dasar mengenai pendedahan PM2.5 harian," kata ketua penyelidik, profesor kesihatan alam sekitar, Dr Yuming Guo, dari Universiti Monash.



"Pendedahan jangka pendek - terutamanya peningkatan mendadak - kepada PM2.5 (dikaitkan dengan) masalah kesihatan yang ketara," tambahnya.



Walaupun saintis dan pegawai kesihatan awam telah lama berwaspada terhadap bahaya yang ada - apatah lagi pencemaran udara membunuh 6.7 juta orang setahun, dengan hampir dua pertiga daripada kematian pramatang yang disebabkan oleh bahan zarahan halus - mengukur pendedahan global kepada PM2.5 merupakan satu cabaran kerana kekurangan stesen pemantauan pencemaran.



Dr Guo dan pengarang bersamanya mengatasi cabaran itu dengan memadankan pengukuran pencemaran udara berasaskan tanah yang dikumpulkan daripada lebih 5,000 stesen pemantauan di seluruh dunia dengan simulasi pembelajaran mesin, data meteorologi dan faktor geografi untuk menganggarkan kepekatan PM2.5 harian global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >