Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir setahun tanpa kesan, usaha mencari MH370 dikritik

May 29, 2015 | 11:55 AM
SETAHUN MENCARI: Kapal Go Phoenix yang digunakan dalam operasi menjejaki pesawat MH370 di Lautan Hindi dikatakan tidak sesuai untuk menjalankan misi tersebut. Foto REUTERS
SETAHUN MENCARI: Kapal Go Phoenix yang digunakan dalam operasi menjejaki pesawat MH370 di Lautan Hindi dikatakan tidak sesuai untuk menjalankan misi tersebut. Foto REUTERS -

SYDNEY - Selepas hampir setahun memulakan operasi pencarian melibatkan misteri kehilangan pesawat MH370, pihak berkuasa dan kumpulan mencari dikritik berikutan pendekatan yang digunakan dalam operasi pencarian di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Operasi pencarian diketuai Australia yang setakat ini tidak menjumpai sebarang bukti melibatkan pesawat MH370 atau 239 anak kapal itu, menimbulkan gesaan supaya pihak terlibat memikirkan semula cara yang lebih sesuai untuk misi berkenaan.

Pakar yang terlibat dalam operasi pencarian dasar laut berkata, syarikat Fugro NV yang mengetuai operasi itu, kemungkinan terlepas pandang kedudukan lokasi sebenar pencarian kerana tidak mempunyai kepakaran dan kakitangan yang berpengalaman di beberapa kawasan untuk tugas khusus mengesan objek-objek tertentu.

Meningkatkan lagi kebimbangan, pihak berkuasa Australia berkata, sebuah lagi kapal, Go Phoenix, yang mempunyai kelengkapan carian dasar laut paling dalam di dunia dan anak kapal yang disediakan oleh firma Amerika Syarikat (AS) Phoenix International Holding Inc, akan menarik diri daripada misi sama dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Bagaimanapun tiada alasan kukuh diberikan oleh atas tindakan tersebut.

"Fugro adalah sebuah syarikat besar, tetapi mereka tidak mempunyai kepakaran dalam operasi pencarian kerana melibatkan kerja-kerja khas," ujar bekas pegawai tentera, Paul-Henry Nargeolet yang diupah oleh agensi siasatan kemalangan Air France yang menyelaras operasi pencarian dan pemulihan penerbangan Air France AF447 pada 2009. - UTUSAN ONLINE, REUTERS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg