Hamzah dinama Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamzah dinama Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

Dec 16, 2022 | 5:30 AM

Hamzah dinama Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KETUA PEMBANGKAN: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kanan) memaklumkan bahawa Mesyuarat Pimpinan Perikatan Nasional (PN) bersetuju menamakan Setiausaha Agung PN, yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri), sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. - Foto-foto HAMZAH ZAINUDIN/ FACEBOOK, THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
KETUA PEMBANGKAN: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kanan) memaklumkan bahawa Mesyuarat Pimpinan Perikatan Nasional (PN) bersetuju menamakan Setiausaha Agung PN, yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri), sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. - Foto-foto HAMZAH ZAINUDIN/ FACEBOOK, THE STAR/ASIA NEWS NETWORK -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju menamakan Setiausaha Agung PN, yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang turut berkata mesyuarat juga bersetuju melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN.

"Dalam mesyuarat PN, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 ahli Parlimen. Kita telah melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN, Tan Sri Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN, manakala Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Pembangkang," katanya.

Datuk Seri Takiyuddin berkata beliau pula dilantik sebagai Ketua Whip Parlimen bagi gabungan itu.

PN juga katanya telah menghantar nama calon yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau tidak mahu mendahului Tan Sri Muhyiddin yang dijangka mengumumkan nama calon berkenaan.

Ahli PN setakat ini bersetuju menjadi pembangkang di Dewan Rakyat bagi mengimbangi Kerajaan Perpaduan.

Mesyuarat pertama Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-15 yang bermula Isnin depan dijangka membincangkan beberapa agenda termasuk usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memimpin Kerajaan Perpaduan.

Tumpuan pastinya pada PN yang mempunyai jumlah kerusi Dewan Rakyat kedua terbanyak selepas Pakatan Harapan (PH), namun memilih menjadi pembangkang dengan tidak menyertai Kerajaan Perpaduan yang setakat ini diwakili PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta disokong beberapa parti lain termasuk Parti Warisan Sabah dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Datuk Seri Hamzah, yang juga bekas Menteri Dalam Negeri itu terkenal dengan kelantangan dan ketegasan.

Pemilihan Datuk Seri Hamzah sebagai Ketua Pembangkang disifatkan tepat oleh pemerhati, khususnya dalam konteks semak dan imbang, memandangkan ini kali pertama negara ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan diketuai oleh PH dengan 82 ahli Dewan Rakyat. Selain itu, ia diperkuat oleh 30 Ahli Parlimen BN, GPS (22), GRS (6) dan parti- parti lain.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mempersoalkan adakah lantikan Datuk Seri Hamzah sebagai Ketua Pembangkang mempunyai kaitan dengan pelan peralihan kuasa dalam PN.

"Apakah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak berminat jadi Perdana Menteri?" katanya dalam hantaran Facebook miliknya, semalam.

Datuk Mohd Puad menambah, kebiasaannya Ketua Pembangkang adalah bakal Perdana Menteri.

Beliau berpandangan, tidak mungkin Tan Sri Muhyiddin tidak mahu menjadi Perdana Menteri lagi walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu sudah berumur dan didakwa mempunyai masalah kesihatan.

"Mungkin (Tan Sri) Muhyiddin tidak sanggup jadi panglima perang di Parlimen. Dia pun ada 'baggage'. Mungkin ada strategi lain. (Datuk Seri) Hamzah bukan kecil anak. Dia pemusnah yang hebat.

"Lima tahun terlalu lama untuk Hamzah jadi Ketua Pembangkang. Macam-macam dia boleh main. Jangan Muhyiddin musnah di tangan Hamzah sudahlah," jelas Datuk Mohd Puad. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg