Hamzah Zainuddin dilantik Ketua Pembangkang Dewan Rakyat M'sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamzah Zainuddin dilantik Ketua Pembangkang Dewan Rakyat M'sia

Dec 10, 2022 | 7:07 PM

Hamzah Zainuddin dilantik Ketua Pembangkang Dewan Rakyat M'sia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PIMPIN PEMBANGKANG: Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, diberi kepercayaan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) untuk menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Malaysia.
PIMPIN PEMBANGKANG: Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, diberi kepercayaan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) untuk menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Malaysia. - - Foto FB Hamzah Zainuddin

KOTA BHARU: Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen Larut, yang juga Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lalu.

Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen.

"Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

"Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan Timbalannya ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Udangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Selain itu, Takiyuddin berkata jawatankuasa juga bersetuju melantik beliau sebagai Ketua Whip PN. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg