Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS hantar 2.5 juta dos vaksin Covid-19 ke Thailand, Kemboja

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menghantar jutaan dos vaksin koronavirus ke Thailand dan Kemboja, sedang pentadbiran Presiden Joe Biden terus mengagihkan bekalan ke serata dunia.



Secara keseluruhan, sebanyak 1.5 juta dos vaksin Pfizer telah meninggalkan Amerika kelmarin, yang menuju ke Thailand.



Ia dijangka tiba di Thailand pada hari ini, menurut seorang pegawai Rumah Putih.



Tambahan 1.06 juta dos vaksin Johnson & Johnson pula diterbangkan ke Kemboja - sebagai sebahagian daripada Covax, iaitu inisiatif pemerolehan vaksin global yang bertujuan menyediakan vaksinasi untuk negara berpendapatan rendah hingga tengah.



Kata pegawai, ia akan tiba dalam dua penerbangan pada hari ini dan Sabtu.



Pentadbiran Encik Biden telah menghantar lebih 80 juta dos ke negara lain, kata para pegawai.



Ini sekali gus menjangkaui matlamatnya untuk mengirim 80 juta dos vaksin Pfizer, Moderna serta Johnson & Johnson ke negara lain pada musim panas ini.



Amerika bermatlamat menderma sekurang-kurangnya 580 juta dos ke luar negara secara keseluruhan.



Pentadbiran negara itu telah menempah sebanyak 500 juta dos vaksin Pfizer bagi inokulasi di luar negara bermula bulan depan.



Presiden telah mempercepatkan bantuan antarabangsa mengenai vaksinasi sedang permintaan dalam Amerika semakin reda.



Pihak pentadbiran telah menekankan bahawa dos vaksin yang dikongsi adalah tidak bersyarat untuk para penerima dan matlamat utamanya ialah untuk memerangi virus tersebut di merata dunia.



Dalam pada itu, beberapa bahagian di Amerika yang keberatan mengambil vaksin kini telah mendahului negara dari segi jumlah orang yang mengambil dos pertama vaksin setelah jumlah jangkitan dan orang yang dimasukkan ke hospital melonjak lantas mendorong warga yang keberatan melindungi diri mereka.



Vaksinasi yang meningkat itu tertumpu di bahagian Selatan dan Tengah Amerika, yang mempunyai kadar vaksin harian tertinggi di tempat seperti Louisiana, Arkansas dan Missouri - negeri yang mempunyai kadar vaksinasi terendah dalam masa lapan bulan sejak vaksin ditawarkan.



Tempat-tempat ini, di samping kawasan paling terjejas seperti California dan Florida, juga adalah tempat gelombang Covid-19 baru yang terjejas teruk ekoran varian Delta yang cepat merebak.



Louisiana mempunyai kadar vaksinasi paling rendah di Amerika.



Hanya 42 peratus orang menerima satu atau lebih dos vaksin, dan kini mempunyai penularan Covid-19 paling teruk.



Jumlah mereka yang dimasukkan ke hospital setiap hari mencapai hampir paras rekod, sama juga dengan jumlah kes baru.



Tetapi dengan ini, jumlah mereka yang mengambil vaksinasi juga meningkat, kata pegawai kesihatan negeri Louisiana, Encik Joseph Kanter.



"Kami telah menyaksikan pendaftaran baru harian mengganda dan minggu ini, ia nampaknya akan berlipat ganda," kata beliau kepada agensi berita.



"Semua orang tahu seseorang yang sakit sekarang.



"Orang-orang itu bukanlah antivaksin yang sebenar tetapi mereka tidak begitu yakin untuk mengatakan yang mereka tidak akan menunggu sehari lagi," tambah Encik Kanter. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >