Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Harga ayam tidak akan diapungkan: PM M'sia

Jun 24, 2022 | 08:22 PM



PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Jumaat (24 Jun) berkata harga ayam tidak akan diapungkan dan harga siling baru akan diumumkan tidak lama lagi.


Malaysia sebelum ini berkata ia akan membenarkan harga ditentukan oleh pasaran mulai 1 Julai untuk menangani kekurangan bekalan, selepas pengeluar ayam mendakwa harga makanan ayam yang meningkat bermakna mereka tidak lagi dapat membekalkan ayam itik pada had harga sedia ada RM8.90 ($2.81) sekilogram.


Gangguan bekalan yang berlaku menyebabkan harga melonjak dan kerajaan mengenakan larangan eksport ayam mulai 1 Jun.


Datuk Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat berkata keputusan untuk mengekalkan had harga dibuat supaya orang ramai tidak dibebani dengan kenaikan kos sara hidup.


Beliau menambah, harga siling baru ayam akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.


Datuk Ismail berkata kadar tarif elektrik dan air semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia juga akan dikekalkan.


Beliau berkata kerajaan akan menampung subsidi bernilai RM5.8 bilion ($1.8 bilion) walaupun berdepan peningkatan mendadak dalam bahan api dan kos lain.


“Ini bermakna rebat 2 sen/kWj dikekalkan untuk semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna domestik di Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan.


Pengenaan surcaj sebanyak 3.70 sen/kWj dikekalkan ke atas pengguna komersial dan industri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >