Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Harga dijangka naik di bazar Ramadan di M'sia

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Menjelang Ramadan awal bulan depan, peniaga di beberapa negeri di Malaysia menjangka terpaksa menaikkan harga juadah yang dijual di bazar bagi menampung modal harga bahan mentah yang terus melambung.



Bayangan kenaikan harga itu diluahkan peniaga dan persatuan peniaga di Kedah, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan, yang terpaksa membuat pilihan sama ada menjual makanan pada harga lebih tinggi atau tidak berniaga, lapor Utusan Online semalam.



Tinjauannya di Seri Kembangan, Selangor, semalam mendapati harga daging ayam mentah kira-kira RM9.50 ($3.06) sekilogram, berbanding sekitar RM8.99 tahun lalu.



Harga tepung gandum, bahan asas bagi membuat kuih, telah naik kepada RM2.40 sekilogram daripada RM1.40 tahun lalu, sementara telur ayam kini RM13.60 sepapan berbanding RM10.90 tahun lalu.



Harga bawang putih naik RM2 menjadi sekitar RM10 sekilogram.



Di Alor Setar, ketua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah, Encik Baharudin Mohd Ali, berkata harga makanan di bazar Ramadan di negeri itu dijangka meningkat antara 20 hingga 30 peratus bagi menampung peningkatan harga bahan mentah dan sewa tapak daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).



"Peniaga terpaksa menaikkan harga makanan, misalnya murtabak dulu RM3 sekeping tahun ini mungkin RM4, nasi ayam dulu RM4 sebungkus tahun ini mungkin RM4.50 atau RM5," katanya ketika dihubungi semalam.



Menurut beliau, peniaga terbeban oleh kenaikan melambung harga barangan asas seperti telur ayam, bawang, kelapa, ayam dan daging.



"Ini kerana, peniaga terpaksa menyediakan modal lebih besar untuk membuat persiapan berniaga makanan pada Ramadan," ujarnya.



Beliau berkata persatuan itu turut terkilan akan tindakan PBT menaikkan harga sewa tapak bazar Ramadan hingga mencecah RM260 tahun ini berbanding RM150 tahun lalu.



Di Shah Alam, naib ketua dua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor, Encik Kamal Ahmad Abdullah, berkata, peniaga negeri itu mungkin menaikkan harga jualan makanan antara 10 hingga 20 peratus.



Jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna gagal menguruskan harga barang dengan baik hingga harganya tinggi, peniaga juga akan menaikkan harga makanan, ujar beliau.



Selain itu, menurutnya sewa tapak bazar tahun ini naik hingga RM400 di kawasan tertentu dan ini menjadi faktor kenaikan harga jualan nanti.



"Dahulu harga tapak sekitar RM200, tetapi kali ini di bawah PBT ada menjangkau hingga RM400," ujarnya.



Di Seremban, peniaga berkata kenaikan harga makanan dan minuman di Negeri Sembilan tidak boleh dielak kerana kenaikan kos dan harga barang mentah.



Pengerusi Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Kecil Negeri Sembilan (PPPKNS) cawangan Seremban, Encik Mohamad Yusoff, berkata kenaikan harga barang di bazar Ramadan dijangka sekitar 10 peratus daripada tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >