Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Harga junam: M'sia gesa pengeluar minyak sawit terus pengeluaran

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia semalam menggesa pengeluar minyak sawit untuk kembali meneruskan pengeluaran dan membeli buah kelapa sawit dari peladang, selepas harga minyak masak menjunam baru-baru ini yang mengakibatkan beberapa syarikat menghentikan pemprosesan mereka.



Harga yang tidak menguntungkan bermakna pengeluar sawit di Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, terpaksa menghentikan sementara operasi, menurut badan perusahaan itu kelmarin.



Harga hadapan minyak sawit mentah mencatat penurunan sebulan terbesar dalam lebih 13 tahun pada Jun ini, mencatat 22 peratus penurunan dan melenyapkan sebahagian besar keuntungan tahun ini.



Harga mencatat paras tertinggi awal tahun ini disebabkan keprihatinan terhadap bekalan.



Dato' Sri Dr Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri bagi Industri Perladangan dan Komiditi, berkata kerajaan telah menerima aduan tentang keengganan syarikat pengeluar membeli buah kelapa sawit.



"Buah kelapa sawit tidak boleh disimpan lebih dari dua hingga tiga hari atau ia akan busuk. Ia akan menjejas peniaga kecil," katanya kepada wartawan di sisi satu seminar perusahaan.



"Pihak pengeluar harus bertanggungjawab, sama ada harga tinggi ataupun rendah," katanya.



Lembaga Minyak Sawit Malaysia, yang dikendali kerajaan dan mengawal industri itu, akan membincangkan perkara ini dengan syarikat pengeluar, kata Dato' Sri Dr Wee.



Persatuan Pengeluar Minyak Sawit Malaysia (Poma) memberitahu agensi berita Reuters kelmarin bahawa pada harga semasa, pengeluar - yang kini berdepan dengan kekurangan tenaga pekerja dan kos pengeluaran yang tinggi, berdepan kerugian sekurang-kurangnya RM150,000 ($34,114.17) bagi setiap 100 tan minyak sawit mentah yang dihasilkan.



Dalam pada itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata dunia seharusnya meyakini potensi minyak sawit Malaysia kerana inisiatif kemampanan minyak sawit negara.



Beliau berkata, ia dilakukan menerusi pelbagai kempen berterusan kementeriannya yang giat dilaksanakan bagi mempertahankan imej minyak sawit yang memiliki reputasi harga komoditi tinggi, selain situasi ketidakstabilan pengeluaran minyak masak dunia buat masa ini.



"Mengambil kira situasi terkini Ukraine-Russia dan perubahan cuaca yang menyebabkan kekurangan bekalan minyak soya dan bunga matahari, ini adalah peluang keemasan untuk Malaysia mempromosikan kebaikan minyak sawit kepada Kesatuan Eropah (EU) agar dapat mengisi kelompongan bekalan minyak masak dunia," katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.



Datuk Zuraida berkata, walaupun EU menentang perdagangan minyak sawit sejak 2003, Malaysia berazam untuk memupuk hubungan baik dengan blok perdagangan itu demi penyelesaian 'menang-menang' kepada industri sawit negara.



"Malaysia bertekad untuk terus menyalurkan pelbagai maklumat terkini mengenai industri minyak sawit, khususnya dari aspek kesihatan dan pemakanan serta kemampanan, bagi menghapus tanggapan yang salah mengenai minyak sawit dan produk berkaitannya dalam kempen anti-minyak sawit di EU," katanya. - Reuters, BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >