Topic followed successfully
Go to BHkuHarga minyak jatuh turun AS$100 setong didorong rundingan gencatan senjata AS-Iran
Harga minyak jatuh turun AS$100 setong didorong rundingan gencatan senjata AS-Iran
Apr 8, 2026 | 5:03 PM
Harga minyak jatuh turun AS$100 setong didorong rundingan gencatan senjata AS-Iran
Penunggang motosikal menunggu di luar stesen minyak apabila ia ditutup pada waktu petang, di Dhaka, Bangladesh, pada 6 April 2026, susulan kebimbangan meningkat mengenai bekalan bahan api menyusuli konflik antara Amerika Syarikat-Israel dengan Iran. - Foto REUTERS
Harga minyak sejagat menjunam ke bawah paras AS$100 ($127) setong selepas Amerika Syarikat dan Iran bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama dua minggu.
Ia dijangka meredakan ketegangan serta membuka semula laluan perkapalan di Selat Hormuz.

