Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Harga minyak naik namun hadapi tekanan Covid-19, sekatan di China

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Harga minyak meningkat semalam, dirangsang nilai dolar lebih lemah dan isyarat positif daripada data import China. Namun, ia menghadapi tekanan daripada kebimbangan baru mengenai permintaan minyak global ekoran kes koronavirus Covid-19 melambung di Eropah dan sekatan baru di China.



Harga hadapan minyak mentah Brent tumbuh 36 sen, atau 0.6 peratus, mencapai AS$56.42 ($74) setong, manakala minyak US West Texas Intermediate (WTI) naik 66 sen, atau 1.3 peratus, mencecah AS$53.57.



Indeks dolar Amerika merosot selepas Pengerusi Rizab Federal Amerika Syarikat Jerome Powell mengatakan bank pusat itu tidak akan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.



Nilai dolar lebih lemah menjadikan harga minyak, yang berdenominasi dolar Amerika, lebih murah bagi mereka yang memegang mata wang asing.



Satu pakej bantuan Covid-19 yang meningkatkan harapan mendorong permintaan bagi minyak dijangka didedahkan oleh bakal presiden Amerika, Encik Joe Biden, Khamis ini.



"Dengan nilai tenaga semakin kukuh sedang dolar lebih lemah, pasaran minyak dapat meraih peningkatan..." kata Encik Jim Ritterbusch, presiden Ritterbusch and Associates.



Indeks saham dunia melonjak ke paras rekod dan pulangan bon Amerika tumbuh lebih tinggi semalam sedang pelabur memberi tumpuan pada saranan bantuan pandemik Encik Biden.



Import keseluruhan minyak mentah China tumbuh 7.3 peratus tahun lalu, dengan jumlah ketibaan rekod pada suku kedua dan ketiga, sedang kemudahan penapisan meluaskan operasi manakala harga rendah menggalak pertambahan bekalan, berdasarkan data kastam.



Namun, pengguna minyak kedua terbesar dunia itu melaporkan kenaikan harian terbesar dalam jumlah kes Covid-19 dalam masa lebih 10 bulan.



Pemerintah di serata Eropah mengumumkan sekatan koronavirus lebih lama dan ketat, dengan vaksinasi tidak dijangka memberi kesan penting dalam masa beberapa bulan mendatang.



Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) tidak mengubah ramalannya bagi permintaan dunia, dengan mengatakan penggunaan minyak akan meningkat 5.9 juta tong sehari (bpd) tahun ini kepada 95.91 juta bpd, berikutan pengecutan rekod 9.75 juta bpd tahun lalu akibat pandemik.



Pengeluar minyak berdepan cabaran mengimbangi bekalan dan permintaan sedang faktor seperti rentak dan respons terhadap vaksin Covid-19 membayangi ramalan, kata seorang pegawai di Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA). - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >