Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Harga minyak terus merosot sejak minggu lalu

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Harga minyak telah turun semalam, melanjutkan kemerosotan yang berlaku sejak minggu lalu selepas seorang pegawai rasmi Amerika Syarikat (AS) berkata Russia menunjukkan tanda ia mungkin berminat untuk mengadakan rundingan bersama Ukraine.



Dagangan hadapan minyak mentah Brent turun AS$1.82 ($2.49), atau 1.6 peratus daripada AS$110.85 ($151.39) setiap tong, pada 6.47 petang waktu tempatan.



Niaga hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) turut merosot AS$2.41 ($3.29), atau 2.2 peratus daripada AS$106.92 ($146.02) setiap tong.



Serangan Russia terhadap Ukraine pada lewat Februari - yang digelar Moscow sebagai "operasi khas" - telah menjejas pasaran tenaga elektrik serata dunia.



Minggu lalu, Brent merosot 4.8 peratus selepas ia memuncak AS$139.13 ($190.01) pada 7 Mac. Minyak mentah AS pula mencatatkan kemerosotan mingguan 5.7 peratus selepas ia mencecah harga tinggi AS$130.50 ($178.22) pada 7 Mac.



Kedua-dua jenis minyak itu mencapai kemuncak harga tersebut pada 2008.



Pelabur telah menunjukkan sikap prihatin terhadap pasaran minyak yang agak tegang selepas tindakan Russia terhadap Ukraine.



Harga minyak telah merosot minggu lalu kerana pedagang membuat penilaian bahawa keadaan bekalan minyak mentah yang terganggu akibat krisis di Ukraine itu ada potensi untuk berubah.



Russia telah menunjukkan tanda ia mungkin berminat untuk mengadakan rundingan substansif bersama Ukraine, meskipun Moscow telah berniat untuk "memusnahkan" negara jirannya, kata Timbalan Setiausaha Negara, Cik Wendy Sherman, kelmarin.



Perbincangan antara Russia dengan Ukraine belum lagi berlangsung, namun ia akan diteruskan pada Isnin, kata seorang jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, kelmarin kepada sebuah agensi berita Russia.



Encik Peskov menyatakan demikian selepas penasihat presiden Russia, Encik Oleksiy Arestovych, berkata Ukraine dengan Russia sedang mengadakan perbincangan secara aktif kelmarin.



Kelmarin, Russia berkata ia bergantung kepada China untuk membantunya menahan kesan ekonomik yang datang daripada sekatan oleh pihak Barat atas peperangan yang sedang berlaku di Ukraine, namun AS telah memberi amaran kepada Beijing supaya ia tidak menawarkan bantuan itu.



Penasihat Keselamatan AS, Encik Jake Sullivan, yang dijadual untuk bertemu dengan diplomat tinggi China, Encik Yang Jiechi, di Rome semalam, telah memberi amaran kepada Beijing ia "pasti" akan menghadapi akibatnya jika ia membantu Moscow elak sekatan atas peperangan yang berlaku di Ukraine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >