Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hari paling berdarah Myanmar; hingga 114 penunjuk perasaan maut

Kanak-kanak turut dilapor terkorban; tindakan keras junta dapat kritikan baru negara-negara Barat
Mar 29, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Di serata Myanmar, penentang junta yang memerintah semalam meratapi pembunuhan sekurang-kurangnya 114 orang oleh pasukan keselamatan pada hari paling berdarah sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu, tetapi berikrar akan terus menentang untuk mengakhiri pemerintahan tentera.



Kanak-kanak adalah antara yang terbunuh kelmarin, yang merupakan Hari Angkatan Bersenjata Myanmar, menurut laporan berita dan saksi, dalam tindakan keras yang mengundang kritikan baru dari negara-negara Barat.



Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata tentera itu melakukan "pembunuhan besar-besaran".



Antara pertempuran paling sengit turut dilihat kelmarin sejak rampasan kuasa antara tentera dengan kumpulan bersenjata etnik yang mengawal beberapa kawasan di negara itu.



Jet tentera membunuh sekurang-kurangnya dua orang dalam serbuan di sebuah kampung yang dikawal oleh kumpulan bersenjata dari minoriti Karen, kata sebuah kumpulan masyarakat sivil, setelah puak Kesatuan Nasional Karen sebelumnya berkata bahawa ia telah menguasai pos tentera berhampiran sempadan Thailand, membunuh 10 orang.



Serangan udara itu menyebabkan penduduk kampung melarikan diri dan berlindung di hutan.



Ketua junta, Jeneral Min Aung Hlaing, telah berkata semasa perbarisan untuk memperingati Hari Angkatan Bersenjata bahawa tentera akan melindungi rakyat dan memperjuangkan demokrasi.



Pelapor Khas PBB Tom Andrews berkata sudah tiba masanya dunia mengambil tindakan - jika tidak menerusi Majlis Keselamatan PBB, melalui sidang puncak darurat antarabangsa.



Beliau berkata pembiayaan junta, seperti pendapatan minyak dan gas, harus disekat dan begitu juga akses kepada senjata.



Walaupun terdapat kecaman Barat, junta Myanmar mempunyai rakan di tempat lain.



Diplomat berkata lapan negara - Russia, China, India, Pakistan, Bangladesh, Vietnam, Laos dan Thailand - menghantar wakil, tetapi Russia adalah satu-satunya yang menghantar menteri ke perbarisan pada Hari Angkatan Bersenjata, yang memperingati permulaan penentangan terhadap pendudukan Jepun pada 1945. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >