Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hartawan Kazakhstan perkenal aplikasi pancar bacaan Al-Quran, koleksi hadis dari angkasa lepas

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



HARTAWAN dan peniaga Kazakhstan Shukhrat Ibragimov telah memperkenalkan satu aplikasi yang membolehkan umat Islam di seluruh dunia mendengar bacaan ayat suci Al-Quran, koleksi hadis dari Sahih Al-Bukhari dan ajaran Islam yang dipancarkan dari angkasa lepas.



Aplikasi itu, yang dikenali sebagai 'Divine', dilancarkan pada 30 Jun lalu.



Fail audio dan multimedia 'Divine', yang dipasang pada satelit YAM-2, telah dilancarkan menggunakan roket SpaceX Falcon 9 pada hari pelancaran aplikasi tersebut dari Cape Canaveral, Amerika Syarikat.



"Divine adalah satu-satunya projek di dunia yang menggunakan teknologi angkasa lepas untuk memancarkan bacaan dan ajaran Al-Quran secara terus-menerus dari satelit kepada pengguna.



"Ia berupa platform pelbagai fungsi dan pendidikan yang menyediakan ajaran penuh daripada Al-Quran, koleksi hadis Sahih Al-Bukhari, panduan secara tutorial melakukan solat serta koleksi doa dan bahan berkaitan lain," jelas Encik Ibragimov, dalam satu interviu eksklusif - yang pertama mengenai pelancaran aplikasi 'Divine' di rantau ini - dengan Berita Harian.



Pengguna boleh mendapat akses kepada kemudahan ini menerusi laman rasmi 'Divine' dan aplikasi 'Divine Live', yang kini tersedia dan boleh dimuat turun secara percuma daripada Apple App Store dan Google Play Store.



Encik Ibragimov, 35 tahun, pengerusi badan pengamanah I AM PART OF dan pengasas 'Divine', adalah seorang usahawan yang mempunyai minat mendalam dalam pelbagai bidang.



Dilahirkan dalam keluarga hartawan dalam bidang perlombongan, Encik Ibragimov merupakan Pengerusi Festival Filem Asia Dunia di Amerika Syarikat dan telah menyokong pelbagai projek kebudayaan di banyak negara serta menjadi Naib Presiden Persatuan Pelabur dan Peniaga Asing Turkey (YABIAD).



Beliau mengasaskan I AM PART OF, sebuah dana amal yang didaftarkan di Britain dan Wales, dan platform digital bagi bakat SPRK Music.



Anak kelima daripada enam beradik lelaki hartawan Alijan Ibragimov - yang disertakan dalam senarai tokoh terkaya Forbes dengan nilai taksiran kekayaan sebanyak AS$2.3 bilion ($3.09 bilion) pada 2019 - beliau mengasaskan dan mengetuai 'Eurasian Space Ventures' (ESV), sebuah firma swasta yang berdaftar di Kazakhstan yang bermatlamat berfungsi sebagai hab antarabangsa untuk projek angkasa lepas dan organisasi berkaitan yang ingin memanfaatkan infrastruktur angkasa lepas dan ekosistem yang mantap di negara itu.



Encik Ibragimov menggantikan ayahnya, Encik Alijan, salah seorang pengasas Lembaga Eurasian Resources Group (ERG) di Kazakhstan, yang meninggal dunia pada Februari, dalam lembaga pengarahnya.



Selain itu, beliau ialah anggota Lembaga Syarikat Pelombongan Alliance Altyn di Kyrgyzstan dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Eurasian Resources Group Sarl (Luxembourg).



Dalam sektor perbankan dan insurans, Encik Ibragimov juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Bank Eurasian, Syarikat Insurans Eurasia dan Syarikat Kewangan Eurasia (di Kazakhstan).



Encik Ibragimov, yang fasih dalam lima bahasa - Inggeris, Russia, Perancis, Turkey dan Mandarin - seorang lulusan Sekolah Perniagaan Eropah di London dan Universiti Bahasa dan Kebudayaan Beijing di China dan sebelum ini bekerja di institusi kewangan dan dana lindung nilai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >