Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hasil kerja pensyarah universiti Malaysia musnah dalam kebakaran

Aug 29, 2019 | 04:24 PM



PETALING JAYA - Pensyarah kanan Universiti Malaya (UM) Dr Mohammad Tawfik Yaakub telah kehilangan dokumen-dokumen penting serta barangan peribadi semasa kebakaran yang memusnahkan salah satu bangunan tertua di universiti itu, lapor The Star.



Dr Mohammad Tawfik, yang memulakan tugasnya sebagai pensyarah sains politik tahun lalu, berkata, beliau amat berduka dengan kejadian itu yang menjejas beberapa pensyarah lain, kebanyakan mereka baru sahaja menyertai universiti itu.



"Sijil kelahiran saya, gambar perkahwinan, tesis, serta PhD dan dokumen-dokumen penting sejak hari sekolah rendah saya telah musnah.”



"Kebakaran itu juga telah merosakkan komputer riba baru saya, telefon bimbit saya, komputer fakulti, dua pencetak peribadi saya dan peralatan lain," katanya sambil menambah bahawa beliau telah menyimpan banyak barang di pejabatnya kerana beliau menganggapnya selamat.



Dibina pada tahun 1969, Block H10 UM, yang menempatkan pejabat akademik (dasar dan ijazah tinggi), pejabat pentadbiran dan bilik kuliah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, terbakar pada hari Selasa.



Dalam satu kenyataan, UM berkata kebakaran berlaku di tingkat dua dan tiga kira-kira pukul 1.15 pagi.



"Tidak ada kecederaan atau kehilangan nyawa, namun kebakaran itu telah memusnahkan peralatan pejabat dan barangan peribadi pensyarah-pensyarah yang bertugas di situ.



"Siasatan untuk mencari punca kebakaran itu sedang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya.



Semua pensyarah yang terlibat telah dipindahkan ke tingkat dua Blok H11, yang merupakan bangunan baru.



Dr Mohammad Tawfik berkata kebanyakan rakan kerjanya terkejut apabila diberitahu tentang kebakaran itu melalui berita serta mesej whatsapp.



"Kami kehilangan semua bahan pengajaran, buku dan kertas tahun lepas, ini adalah barang yang paling berharga bagi semua ahli akademik," katanya sambil berusaha keras untuk mengekalkan sikap positif walaupun sukar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >