Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hasil tuaian M'sia kurang akibat hujan berterusan

Penurunan hasil tuaian dilihat sejak Oktober; petani rungut kawalan harga ditetap kerajaan
Dec 30, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Hujan berterusan yang dijangka berlarutan sehingga Februari depan telah mengurangkan hasil ladang sayuran di kawasan tanah tinggi, kata petani.



Mereka telah melihat penurunan dalam hasil tuaian sejak Oktober, sambil menyebut tomato sebagai contoh, dengan tuaian turun separuh kerana kekurangan cahaya matahari.



Tomato memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam cahaya matahari setiap hari untuk menghasilkan buah, dan hasil lebih baik boleh diperolehi dengan antara 12 hingga 16 jam matahari.



Presiden Pertubuhan Peladang Sayuran Cameron Highlands, Datuk Chai Kok Lim, berkata petani mengalami kerugian dengan menjual tomato pada harga terkawal.



"Hasil kami merosot begitu banyak kerana hujan yang kerap.



"Sesetengah ladang yang dahulunya mengeluarkan sehingga lima tan tomato setiap hari kini turun kepada hanya satu atau dua tan.



"Apabila permintaan lebih tinggi daripada bekalan, harga sepatutnya lebih tinggi. Tetapi kita tidak boleh menaikkannya untuk menampung kos kerana kawalan harga," katanya.



Walaupun kawalan harga perayaan tidak kekal, Datuk Chai berkata petani rugi apabila permintaan memuncak pada musim perayaan.



"Apabila sayur mahal, ia tidak bermakna kami mengaut keuntungan. Harga jualan hendaklah sekurang-kurangnya menampung kos kami.



"Jika petani jual dan rugi, kerajaan harus campur tangan dengan subsidi kepada petani, sekurang-kurangnya sehingga kami boleh pulang modal.



"Kementerian berkaitan harus mengkaji apa yang berlaku di lapangan terlebih dahulu sebelum membuat peraturan atau menetapkan harga kawalan," ujarnya.



Pada 20 Disember, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyenaraikan 11 item di bawah Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan untuk Krismas dari 23 hingga 27 Disember.



Datuk Chai berkata penghasilan sayur berdaun lain juga berkurangan berikutan cuaca hujan berterusan.



Beliau menyeru pengguna mempelbagaikan penggunaan terutama pada musim perayaan.



Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Peladang Sayuran, Encik Lim Ser Kwee, berkata pengguna tidak mempunyai pilihan selain membayar lebih sedikit untuk sayur ketika menyambut Tahun Baru dan Tahun Baru Cina.



"Jika hujan berterusan, harga sayur akan naik," katanya sambil menambah, hujan lebat menjejas hasil, dan akhirnya menyebabkan harga meningkat.



Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, Encik Wong Keng Fatt, bersetuju dan berkata harga akan meningkat lebih tinggi sekiranya berlaku banjir.



"Harga borong sawi adalah kira-kira RM3 ($0.91) sekilogram. Sekarang dah naik RM5.50. Bayam dahulu kira-kira RM3 sekilogram, dan kini RM6.50.



"Di peringkat runcit, harga akan lebih tinggi," katanya sambil menambah bahawa pengguna mungkin perlu menyesuaikan penggunaan atau pilihan mereka agar sesuai dengan bajet mereka. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >