Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hasrat hati nak jadi gigolo untuk dapat duit tapi akhirnya ditipu $850

Jul 11, 2016 | 12:03 PM
Encik Choo (membelakangkan kamera) menjelaskan tindakannya hendak menjadi gigolo kepada Encik Sim Chon Siang (berkemeja hijau).
Encik Choo (membelakangkan kamera) menjelaskan tindakannya hendak menjadi gigolo kepada Encik Sim Chon Siang (berkemeja hijau). - GAMBAR THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

KUANTAN: Tindakan seorang tukang untuk mendapatkan wang cepat dengan menjadi gigolo menyebabkan beliau ditipu RM2,500 ($850).

Lelaki berusia 37 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Choo, berkata beliau memerlukan wang dengan cepat untuk menggembirakan temanitanya selepas satu pertengkaran.

Jadi, beliau menghubungi seorang lelaki yang kononnya ejen bagi teman sosial lelaki, yang diperkenalkan oleh kawan-kawannya.

"Ejen bernama Kent itu memberitahu saya dia boleh mendapatkan saya pelanggan wanita. Dia berkata saya boleh mendapat pendapatan hingga RM3,000 bagi kerja tiga jam," kata Encik Choo di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Encik Sim Chon Siang, pada Sabtu (9 Julai).

Tetapi Encik Choo harus memasukkan RM1,000 ke dalam akaun bank ejen sebagai yuran pemprosesan serta RM1,500 sebagai bayaran mencari pelanggan.

Encik Choo diberitahu bahawa pelanggan pertamanya ialah seorang pengurus bank berusia 35 tahun, tetapi apabila beliau pergi ke hotel untuk janji temu itu pada 2.45 pagi pada 3 Julai, tiada siapa berada di situ.

"Saya cuba menghubungi Kent tetapi dia telah menyekat saya. Saya kemudian sedar saya telah ditipu. Saya hanya mahu Kent kembalikan wang saya," katanya.

Encik Choo berkata beliau kesal akan tindakannya kerana temanitanya kini tahu apa yang dilakukannya dan enggan menjawab panggilannya.

Encik Sim menasihatkan Encik Choo supaya membuat laporan polis kerana beliau telah menjadi seorang mangsa.

Beliau berkata pemeriksaannya dengan Suruhanjaya Syarikat menunjukkan akaun bank Kent dikaitkan dengan sebuah syarikat yang didaftarkan sebagai sebuah kedai pakaian dan aksesori di Kuala Lumpur.

"Ini mungkin satu sindiket yang menipu pelbagai lelaki," kata Encik Sim. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg