Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Jumlah kematian di dunia melebihi 300,000

May 15, 2020 | 9:30 AM
LAKUKAN UJIAN: Kakitangan kesihatan di Wuhan, China, mengambil contoh dari ujian swab seorang penduduk.
LAKUKAN UJIAN: Kakitangan kesihatan di Wuhan, China, mengambil contoh dari ujian swab seorang penduduk. - - Foto AFP

PARIS: Wabak novel koronavirus telah meragut lebih 300,000 nyawa di seluruh dunia, dengan jumlah kematian tertinggi dicatat di Eropah dan Amerika Syarikat, sejak ia mula dikesan di China akhir tahun lalu, menurut perangkaan AFP hari ini (15 Mei).

Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 6,000 kes dalam tempoh 24 jam - dengan 300,140 kematian dicatatkan dari 4,403,714 kes yang disahkan.

Menurut perangkaan Universiti Johns Hopkins, tiga negara kini melepasi angka 30,000 orang.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara yang merekodkan angka kematian tertinggi dan melepasi 85,000 kes.

Negara tersebut mencatat 85,194 kematian manakala United Kingdom (UK) dan Italy pula berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan 33,614 dan 31,368 kes.

United Kingdom meliputi Scotland, Wales, England dan Ireland Utara.

Ia diikuti Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan lebih dari 27,000 kes.

Negara lain merekodkan angka maut Covid-19 di bawah 14,000 kes. - AFP, Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg