Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Helikopter perubatan bawa pesakit hilang di Laut Sulu: Filipina mula operasi mencari

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



MANILA: Pasukan penyelamat Filipina telah memulakan misi mencari dan menyelamat di Laut Sulu selepas sebuah helikopter perubatan yang melakukan misi pemindahan pesakit dengan lima orang di dalamnya dilaporkan hilang pada Rabu.



Pesawat itu menerbangkan seorang pesakit dari kawasan terpencil di Kepulauan Mangsee ke sebuah hospital di wilayah pulau barat Palawan, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP).



Ia berlepas pada pagi Rabu ke perbandaran Brooke's Point tetapi tidak tiba, kata CAAP.



Sebahagian besar perjalanan sejauh 150 kilometer (km) itu merentasi Laut Sulu.



Laman berita CNN Philippines pada Khamis melaporkan helikopter itu meninggalkan Hospital Wilayah Palawan Selatan di Brooke's Point pada 7:30 pagi untuk mengambil pesakit.



Menurut CAAP, ia dijadualkan kembali ke hospital pada 10.30 pagi.



Bagaimanapun helikopter itu gagal berbuat demikian.



Perkhidmatan Penerbangan Perubatan Adventist Filipina berkata, ambulans udara itu kali terakhir dihubungi sekitar 12:10 tengah hari, 35 batu nautika timur Balabac.



Juruterbang bagi helikopter dengan nombor pendaftaran N45VX itu membawa seorang jururawat, seorang pesakit dan dua orang lain.



Bagaimanapun senarai nama juruterbang dan penumpang helikopter tersebut belum dinyatakan.



PCG berkata, pihaknya telah mengerahkan sebuah kapal untuk menjalankan misi mencari di kawasan perairan antara Pulau Balabac, di luar selatan Palawan, dan Brooke's Point.



Helikopter itu dikendalikan oleh Perkhidmatan Penerbangan Perubatan Adventist Filipina (Pamas Mission), sebuah organisasi bukan mencari untung, yang menyediakan perkhidmatan pemindahan pesakit di Palawan, sebuah pulau yang berada di selatan Mindanao, dan pulau utama Luzon.



Misi Pamas dimulakan oleh juruterbang sayap tetap warga Amerika Syarikat, Encik Dwayne Harris, pada 2007 dan mempunyai lima juruterbang dan lima pesawat, menurut laman organisasi itu.



Ia menggambarkan perkhidmatannya sebagai "pelayanan bebas yang menyokong misi Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh".



Menurut Pengarah Pamas di Palawan, Encik Sean Knapp, dalam kenyataan di Facebook rasmi mereka pada Khamis, "sebanyak lima pesawat sedang membantu dalam usaha mencari helikopter yang hilang".



Dua minggu lalu, sebuah pesawat Cessna yang membawa empat orang, termasuk dua warga Australia, terhempas di gunung berapi aktif di tengah Filipina.



Keempat-empat mangsa terkorban. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >