
PETALING JAYA: Dua orang cedera manakala tiga lagi selamat selepas helikopter jenis Airbus AS350 B3 dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang di sini, pagi tadi (24 Mac).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 9.26 pagi dan menggerakkan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik ke lokasi.
"Helikopter terbabit terhempas di sebuah kawasan lapang di lapangan terbang berkenaan dan tiada kebakaran berlaku.
"Terdapat lima lelaki warga setempat termasuk juruterbang di dalam helikopter dan dua daripada mereka mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa telah digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan punca kejadian masih disiasat. - BH Online


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg