SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hello Kitty Town di Johor ditutup

Hello Kitty Town di Johor ditutup

Dec 31, 2019 | 12:51 PM

Hello Kitty Town di Johor ditutup

SELAMAT TINGGAL: Taman tema Hello Kitty di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, ditutup selepas 31 Disember 2019.
SELAMAT TINGGAL: Taman tema Hello Kitty di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, ditutup selepas 31 Disember 2019. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

ISKANDAR PUTERI: Apabila taman tema Sanrio Hello Kitty Town dibuka di Iskandar Puteri, Johor, pada 2012, beliau merupakan antara pekerja pertama yang bertugas di sana.

Namun semalam (30 Disember), Cik Iman Najwa Hazimi, 26 tahun, kembali berkunjung ke taman tema tersebut buat kali terakhir.

Ini kerana taman tema yang terletak dekat Legoland itu akan ditutup buat selamanya selepas hari ini.

Bangunan itu turut menempatkan beberapa tarikan lain termasuk taman tema Thomas Town yang akan turut ditutup.

Bagi Cik Nur Wahida Hashim, seorang akauntan berusia 27 tahun, beliau turut rasa kehilangan atas penutupan taman tema itu.

"Rasa sedih kerana ia terpaksa ditutup, lebih-lebih lagi kerana Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia 2020 baru hendak bermula," ujarnya. - Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg