Topic followed successfully
Go to BHkuHimpunan di Batu Pahat awali perhimpunan Bersih 4.0
Himpunan di Batu Pahat awali perhimpunan Bersih 4.0
Aug 27, 2015 | 2:14 PM
Himpunan di Batu Pahat awali perhimpunan Bersih 4.0
Orang ramai, kebanyakannya memakai kemeja-T berwarna kuning, berhimpun di Dataran Batu Pahat dalam perhimpunan yang disifatkan sebagai permulaan demonstrasi Bersih 4.0 yang dirancang di Kuala Lumpur hujung minggu ini. Gambar The Star -
PETALING JAYA: Satu kumpulan besar penunjuk perasaan yang memakai kemeja-T berwarna kuning berkumpul di Dataran Batu Pahat di Johor malam semalam dalam apa yang dianggap sebagai permulaan perhimpunan Bersih 4.0, yang dijadualkan hujung minggu ini.
Mereka melaung-laungkan 'Bersih' dan 'Daulat Tuanku' serta menyanyikan lagu kebangsaan dalam perhimpunan aman itu.
Perhimpunan Bersih 4.0 diisytiharkan haram oleh polis kerana pihak penganjur tidak mendapat kebenaran Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Namun ketua Bersih, Cik Maria Chin Abdullah, menegaskan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos ini akan diteruskan sebagaimana dirancang. - The Star

