Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hingga 20 maut dalam letupan tangki bahan bakar di Lebanon

Aug 16, 2021 | 5:30 AM
MANGSA DIKEJAR KE HOSPITAL: Mangsa yang mengalami kelecuran teruk dikejar ke hospital dalam insiden letupan tangki bahan bakar di Akkar, utara Lebanon, semalam. - Foto REUTERS
MANGSA DIKEJAR KE HOSPITAL: Mangsa yang mengalami kelecuran teruk dikejar ke hospital dalam insiden letupan tangki bahan bakar di Akkar, utara Lebanon, semalam. - Foto REUTERS -

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dalam letupan tangki bahan bakar di Akkar di utara Lebanon, kata Palang Merah Lebanon di akaun Twitter rasminya semalam.

Agensi berita Reuters tidak dapat serta-merta menghubungi Palang Merah dan pegawai Lebanon untuk mendapatkan perincian.

Sekurang-kurangnya tujuh orang tercedera dan telah dikejarkan ke hospital tempatan, yang sangat memerlukan sumbangan darah, kata Palang Merah.

Dalam satu posnya di Twitter semalam, Palang Merah Lebanon berkata:

"Kejadian besar: 22 pasukan daripada Palang Merah Lebanon sedang memberi respons kepada satu letupan tangki bahan bakar di Akkar. Pasukan kami sedang berusaha mengangkut mereka yang tercedera dan mayat ke hospital di kawasan itu."

Lebanon kini sedang mengalami kekurangan bahan bakar yang teruk dan selama seminggu lalu telah menyaksikan beberapa kejadian penyeludupan bahan bakar secara haram.

Hospital telah memberi amaran bahawa mereka kini kekurangan bahan bakar dan mungkin terpaksa ditutup.

"Mereka yang terkorban di Akkar tiada beza daripada pembunuhan di pelabuhan," kata mantan perdana menteri Saad al-Hariri di Twitter, merujuk kepada letupan di pelabuhan Beirut setahun lalu, dan meminta pegawai Lebanon termasuk Presiden untuk mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Encik Hariri adalah ahli politik terkemuka golongan Sunni Muslim, agama yang dominan di utara Lebanon, dan telah secara terbuka menentang Presiden Lebanon Michel Auon.

Encik Gebran Bassil, yang mengetuai parti yang ditubuhkan Encik Aoun, menulis di Twitter bahawa "hati kami turut berdukacita dengan keluarga di Altalil dan Akkar pada malam ini". - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg