Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hingga 27 maut apabila bas junam ke gaung di Jawa Barat

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala 39 cedera, selepas sebuah bas dipercayai mengalami masalah brek terjunam dalam gaung di Sumedang, Jawa Barat, malam kelmarin.



Pasukan penyelamat bertungkus-lumus sepanjang malam dan menggunakan kren untuk mengeluarkan mangsa, kata pihak polis dan penyelamat semalam.



Bangkai bas itu turut berjaya ditarik keluar.



Ketika kejadian, bas yang membawa 66 orang itu melalui jalan yang gelap sebelum terjunam ke dalam gaung berkenaan.



Ketua Polis Tempatan, Eko Prasetyo Robbyanto, berkata dalam kejadian lewat petang semalam, bas itu membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah Islam, guru dan ibu bapa dari bandar Subang wilayah Jawa Barat melalui jalan berliku.



Beliau berkata, bas itu dalam perjalanan pulang ke Subang selepas mengunjungi sebuah kawasan terletak di daerah Tasikmalaya sebelum pemandu hilang kawalan sehingga terjunam dalam gaung sedalam 20 meter dekat daerah Sumedang.



Katanya, polis masih menyiasat punca kemalangan itu, namun mangsa yang terselamat memberitahu pihak berkuasa bahawa brek kenderaan dinaiki itu dikatakan tidak berfungsi.



Sementara itu, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Bandung, Encik Deden Ridwansah, berkata 27 mayat dan 39 mangsa tercedera dibawa ke hospital serta klinik kesihatan berdekatan termasuk mayat seorang budak lelaki yang tersepit di bawah bas yang terbalik.



Menurut Encik Ridwansah, seramai 13 mangsa dirawat mengalami kecederaan serius dan pemandu bas antara yang maut, lapor agensi berita CNA.



Laporan stesen televisyen memaparkan pihak polis dan penyelamat dari Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan memindahkan mangsa yang cedera serta mayat ke dalam ambulans.



Berita mengenai insiden nahas itu ternyata mengundang tangisan dan kesedihan saudara-mara mangsa yang sedang menunggu maklumat mengenai anggota keluarga mereka di Hospital Umum Sumedang.



Sementara yang lain pula sedang berusaha mengecam mayat di bilik mayat untuk proses pengebumian.



Kemalangan jalan raya lazimnya berlaku di Indonesia kerana mempunyai tahap keselamatan dan infrastruktur yang buruk.



Pada Disember 2019, seramai 35 orang terbunuh dalam nahas membabitkan sebuah bas penumpang yang terhumban ke dalam gaung sedalam 80 meter sebelum dibawa arus deras sungai di Pulau Sumatera.



Pada awal 2018, 27 orang maut setelah bas pelancong yang padat dengan penumpang terjunam di kawasan berbukit dekat Jawa Barat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >