Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

HK guna kuasa baru bagi wajibkan ujian Covid-19

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



HONG KONG: Pemerintah Hong Kong buat pertama kali menggunakan kuasa barunya untuk mewajibkan pengujian Covid-19, bermula dengan pengunjung ke 14 premis tari sedang kelompok yang bermula di sebuah kelab tari di Wan Chai terus berkembang.



Di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Pengujian Wajib untuk Orang Tertentu), sesiapa yang pernah hadir di 14 premis tari tertentu dalam tempoh 1 hingga 21 November mesti menjalani ujian asid nukleik Covid-19 menjelang esok.



Seramai 32 orang telah disahkan positif Covid-19 sebagai sebahagian daripada kelompok yang dikesan ke Starlight Dance Club di Wan Chai, lapor penyiar awam RTHK semalam.



Kesemua 14 premis tari itu berfungsi sebagai bilik pesta, kata pemerintah.



Semua perniagaan bilik pesta telah diarahkan tutup selama lima hari dari semalam hingga Khamis ini.



Pertunjukan langsung dan menari di bar, pub dan kelab juga dilarang untuk tempoh yang sama.



Jurucakap Biro Makanan dan Kesihatan Hong Kong dalam satu kenyataan semalam berkata:



"Situasi wabak tempatan semakin buruk. Bilangan kes dari kelompok yang berkait dengan aktiviti menari dan tempat menari terus meningkat dengan ketara dalam beberapa hari kebelakangan, dengan kes di seluruh wilayah dan beberapa kes yang disahkan tidak menunjukkan simptom.



"Ini menunjukkan adanya banyak rantaian penyebaran senyap dalam masyarakat."



Sesiapa yang tidak mematuhi notis pengujian boleh didenda HK$2,000 ($345).



Sekiranya orang itu terus tidak mahu menjalani ujian, dia menghadapi hukuman denda HK$25,000 dan hukuman penjara enam bulan, kata pemerintah dalam kenyataan itu.



Kelmarin, Hong Kong melaporkan 5,560 kes Covid-19 yang disahkan, termasuk 108 kematian, lapor agensi berita Xinhua.



Memandangkan penularan yang semakin teruk, Gelembung Perjalanan Udara dua hala antara Hong Kong dengan Singapura yang sepatutnya bermula semalam ditangguhkan selama dua minggu.




"Situasi wabak tempatan semakin buruk. Bilangan kes dari kelompok yang berkait dengan aktiviti menari dan tempat menari terus meningkat dengan ketara dalam beberapa hari kebelakangan, dengan kes di seluruh wilayah dan beberapa kes yang disahkan tidak menunjukkan simptom."
- Jurucakap Biro Makanan dan Kesihatan Hong Kong dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >