Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hong Kong lapor kematian pertama akibat koronavirus, mangsa telah ke Wuhan

Feb 4, 2020 | 11:54 AM
KELUAR DARI TANAH BESAR: Penumpang dari bandar Shenzhen di China tiba di stesen MTR Lo Wu di Hong Kong beberapa jam sebelum penutupan sempadan Lo Wu pada Isnin (3 Feb).
KELUAR DARI TANAH BESAR: Penumpang dari bandar Shenzhen di China tiba di stesen MTR Lo Wu di Hong Kong beberapa jam sebelum penutupan sempadan Lo Wu pada Isnin (3 Feb). - AFP

HONG KONG: Seorang lelaki di Hong Kong telah meninggal dunia akibat koronavirus yang berasal dari bandar Wuhan di China, kematian sedemikian yang pertama yang dilaporkan di Hong Kong.

Lelaki berusia 39 tahun itu telah menaiki kereta api berkelajuan tinggi dari Hong Kong ke Wuhan pada 21 Januari dan dari Changshanan ke Hong Kong pada 23 Januari, kata Penguasa Hospital hari ini (4 Feb).

Pusat Perlindungan Kesihatan sebelum ini berkata beliau tidak mengunjungi sebarang kemudahan penjagaan kesihatan, pasar basah atau pasar makanan laut, dan tidak terdedah kepada haiwan liar semasa tempoh inkubasi.

Lelaki itu, yang menghidap penyakit lain, mengalami sakit otot minggu lalu dan kemudian demam.

Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth dan diletakkan dalam wad pengasingan.

Beliau tinggal di Whampoa Garden dan merupakan kes ke-13 yang disahkan di Hong Kong. Bandar itu mempunyai 15 kes koronavirus sejauh ini.

Pemerintah pada Isnin berkata ia akan menutup lebih banyak pusat pemeriksaan sempadan, sedang lebih 2,500 pekerja perubatan mogok bagi menuntut sekatan penuh terhadap pengunjung dari China untuk mengekang penularan virus itu.

Pekerja perubatan berkata mereka khuatir hospital tidak dapat menampung lonjakan dalam kes koronavirus itu. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg