Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hong Kong tanpa pelitup mulai 1 Mac

Mar 1, 2023 | 5:30 AM
PELITUP TIDAK LAGI PERLU: Orang ramai dilihat memakai pelitup semasa berada di stesen MTR, sehari sebelum pemerintah bandar itu membatalkan peraturan pemakaian pelitup bermula 1 Mac. - Foto REUTERS
PELITUP TIDAK LAGI PERLU: Orang ramai dilihat memakai pelitup semasa berada di stesen MTR, sehari sebelum pemerintah bandar itu membatalkan peraturan pemakaian pelitup bermula 1 Mac. - Foto REUTERS -

HONG KONG: Hong Kong telah menamatkan kewajipan memakai pelitup mulai 1 Mac, Ketua Eksekutif, Encik John Lee mengumumkan.

Langkah ini sekali gus mengakhiri langkah sekatan utama dalam membendung penularan Covid-19 bagi hab kewangan itu.

Hong Kong merupakan salah satu tempat terakhir di dunia yang memerlukan pelitup muka digunakan di hampir semua persekitaran awam, dengan semua orang yang berumur lebih dua tahun perlu memakai satu atau berdepan denda sehingga HK$10,000 ($1,719).

"Saya mengumumkan bahawa keperluan pelitup akan ditamatkan sepenuhnya mulai esok (hari ini), 1 Mac, termasuk untuk di dalam, di luar rumah dan (dalam) pengangkutan awam," kata Encik Lee pada sidang media ringkas pada Selasa.

Beliau menambah bahawa hospital dan rumah warga emas boleh mengenakan sekatan mereka sendiri.

Kewajipan memakai pelitup dilaksanakan sejak tiga tahun lalu, dan kekal selama hampir 1,000 hari.

Hong Kong menarik balik sekatannya selepas wilayah jiran China, Macau, turut menggugurkan langkah tersebut kecuali di kawasan awam yang berisiko tinggi, seperti hospital.

Pihak berkuasa kesihatan China pada Januari lalu mengumumkan bahawa penularan wabak Covid-19 di negara itu pada dasarnya sudah berakhir.

Pegawai kesihatan berkata penentu utama usaha China memerangi Covid-19 menjadi contoh bagi negara berpenduduk ramai berkaitan tindakan pencegahan dan kawalan penyakit itu.

Pemimpin tertinggi China mengisytiharkan kemenangan ke atas Covid-19 dan mendakwa mencatatkan kadar kematian paling rendah di dunia, walaupun sesetengah pakar mempersoal data ketika virus itu melonjak ke seluruh negara selepas sebahagian besarnya diasingkan selama tiga tahun.

Negara itu memperkukuh sistem penjagaan kesihatannya bagi menjangkakan virus itu merebak ke kawasan luar bandar.

Perisikan baru yang dilaksanakan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat merumuskan bahawa kebocoran makmal yang tidak disengajakan di China berkemungkinan besar menjadi punca tercetusnya wabak Covid-19 walaupun agensi perisikan Amerika masih berbelah bahagi mengenai asal usul virus itu, kata pegawainya semalam.

Akhbar The New York Times melaporkan pada Isnin, kesimpulan yang dibuat itu adalah perubahan berbanding pendirian dibuat jabatan itu sebelum ini yang belum menemui jawapan bagaimana virus itu muncul.

Namun demikian, beberapa pegawai yang memberi taklimat mengenai perisikan itu berkata kesimpulan dibuat Jabatan Tenaga itu agak lemah dan menunjukkan "tahap keyakinan yang rendah" dan ketidakpastian berhubung perkara itu. - AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg