Hong Kong tutup 10 daripada 13 lintasan sempadan ke China demi kekang penularan virus, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:03
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Hong Kong tutup 10 daripada 13 lintasan sempadan ke China demi kekang penularan virus

Feb 03, 2020 | 08:34 PM

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Cik Carrie Lam, mengumumkan pada Isnin (3 Feb) bahawa 10 daripada 13 lintasan sempadan dengan tanah besar China ditutup buat sementara waktu dalam usaha mengekang penularan koronovirus novel 2019 (2019-nCoV).

Cik Lam sudah pun menutup beberapa operasi sempadan, termasuk khidmat feri dan rel kelajuan tinggi yang merentas sempadan ke tanah besar China.

Beliau bagaimanapun berkata penutupan seluruh sempadan adalah “tidak sesuai dan tidak praktikal” serta bersifat “diskriminasi”.

Pengumuman Cik Lam itu dibuat selepas ratusan pekerja perubatan mogok di Hong Kong awal pada hari Isnin untuk mendesak pemerintah menutup sempadan dengan tanah besar China demi mencegah penularan virus itu dan mengurangkan tekanan ke atas sektor kesihatan.

Perikatan Pekerja Penguasa Hospital (HAEA), yang mempunyai sekitar 18,000 anggota, berkata 2,400 pekerja mengambil bahagian dalam mogok itu meskipun pemerintah menggesa pekerja perubatan agar tidak berbuat demikian.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sekitar 100 orang berhimpun di pusat kewangan Hong Kong dalam menyokong kesatuan pekerja kesihatan itu, dengan ada yang memegang sepanduk yang berkata: “Tutup Sempadan, Bendung Wabak”.

Perikatan pekerja perubatan itu juga meminta pemerintah mempermudahkan pengagihan pelitup muka kepada orang awam, memastikan pekerja perubatan barisan depan mempunyai bekalan dan perlindungan yang mencukupi, menyediakan wad pengasingan yang mencukupi buat pesakit, dan memberi jaminan tiada tindakan balas akan diambil terhadap kakitangan perubatan yang mogok. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map