Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hong Kong umum peraturan lebih ketat bendung jangkitan

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Cik Carrie Lam, semalam mengumumkan bahawa kota itu akan melarang restoran menerima pengunjung mulai 6 petang, sedang ia berusaha membendung penularan jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di hab kewangan itu.



Berucap di sesi taklimat media mingguan, Cik Lam berkata pemerintah juga sedang mengkaji langkah bantuan tambahan untuk mereka yang terjejas dengan langkah terbaharu ini.



"Keadaan sangat membimbangkan. Gelombang ini lebih rumit dan lebih buruk daripada gelombang sebelum ini. Kes yang telah disahkan, didapati menular dengan meluas," Cik Lam memberitahu wartawan.



"Jika kita tidak mengawal dengan ketat, akan ada risiko lebih besar. Kali ini kami akan membentangkan langkah-langkah pengekangan yang bertujuan mengehadkan aliran trafik orang ramai di jalanan," kata beliau.



Pemerintah telahpun menggesa penduduk untuk duduk di rumah dan mengehadkan pertemuan tidak lebih daripada dua orang, sedang kebanyakan pekerja sektor awam bekerja dari rumah.



Ia juga mengerahkan ujian wajib ke atas pekerja di rumah tumpangan warga tua dan kemudahan untuk golongan kurang upaya.



Langkah-langkah baru yang akan diumumkan termasuk penutupan gimnasium dan salon rambut.



Cik Lam tidak memberi perincian atau bila langkah baharu akan berkuatkuasa.



Isnin lalu, Hong Kong mencatatkan 78 kes baharu koronavirus, menjadikan kesemuanya 6,976 kes.



Sejak 17 Nov, lebih 1,000 kes telah dilaporkan, hanya segelintir dibawa masuk dari luar kota itu.



Hong Kong dan Singapura telah membatalkan rancangan 'gelembung perjalanan' sehingga tahun depan sebagai respons peningkatan kes di Hong Kong.



Sementara itu, pihak berkuasa Hong Kong kelmarin dilaporkan telah menahan lapan individu berhubung penganjuran protes tanpa kebenaran di sebuah universiti bulan lalu, kata polis dan media tempatan, menyusuli tangkapan meluas kumpulan penentang di wilayah itu.



Penangkapan itu dilaporkan berkait dengan tunjuk perasaan di Chinese University of Hong Kong yang membabitkan lebih 100 penunjuk perasaan membantah keputusan mengadakan majlis penganugerahan ijazah secara dalam talian.



Majlis seumpama itu biasanya digunakan pelajar untuk menzahirkan pandangan politik.



Beberapa penunjuk perasaan sebelum ini pernah menuntut kemerdekaan Hong Kong, dan mengangkat papan tanda bertulis 'Bebaskan Hong Kong, Revolusi pada masa kita', yang dianggap menyokong pemisahan dan melanggar undang-undang.



Polis berkata, lapan individu ditahan kerana mengadakan protes tanpa izin dan menghasut pemisahan, namun tidak memperincikan siapa yang ditangkap atau penahanan itu berkait protes universiti terbabit.



Encik Arthur Yeung, seorang siswazah universiti itu yang bertanding dalam pilihan raya majlis daerah bandar itu tahun lalu, dipercayai antara yang ditahan.



Satu catatan yang dimuat naik ke dalam Facebook Yeung memaklumkan beliau ditahan di rumahnya pagi kelmarin.



Dua anggota majlis daerah, Encik Isaac Lee dan Encik Eason Chan, juga ditahan, menurut kenyataan di Facebook masing-masing.



Akhbar South China Morning Post yang memetik sumber melaporkan, lapan individu yang ditahan itu sedang disiasat oleh pegawai keselamatan negara.



Penahanan itu dibuat ketika Hong Kong dan Beijing meningkatkan tindakan terhadap kumpulan penentang, menyusuli langkah Beijing melaksanakan undang-undang keselamatan negara di Hong Kong pada Jun lalu untuk menamatkan ketidakstabilan politik selama beberapa bulan dan tunjuk perasaan sejak tahun lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >