Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hongkong batalkan semua baki penerbangan hari ini

Aug 12, 2019 | 06:20 PM



HONGKONG: Pihak berkuasa lapangan terbang Hongkong telah membatalkan baki penerbangan hari ini (12 Ogos) selepas penunjuk perasaan membanjiri bangunan terminal utama buat hari keempat.



Ini juga gangguan terbesar kepada ekonomi Hongkong sejauh ini sejak bantahan anti-pemerintah mula diadakan pada awal Jun.





Menerusi satu kenyataan, pihak berkuasa lapangan terbang itu berkata:



“Kecuali penerbangan keluar dari Hongkong yang sudah selesai menjalani proses daftar masuk dan penerbangan masuk ke Hongkong yang sudah dalam perjalanan, semua penerbangan lain telah dibatalkan hari ini.”





Sementara itu, Lapangan Terbang Changi juga mengingatkan orang ramai untuk memeriksa dengan syarikat penerbangan masing-masing tentang status penerbangan mereka.





Sekitar 5,000 penunjuk perasaan yang memakai baju hitam membanjiri dewan ketibaan lapangan terbang Hongkong hari ini. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >