SPH Logo mobile
Langgan|

Hongkong tangguh bahas rang undang-undang penyerahan balik ekoran bantahan

Hongkong tangguh bahas rang undang-undang penyerahan balik ekoran bantahan

Jun 12, 2019 | 12:54 PM

Hongkong tangguh bahas rang undang-undang penyerahan balik ekoran bantahan

TUNJUK PERASAAN: Ribuan pembantah berkumpul di sekitar kawasan pusat bandar dan ibu pejabat pemerintah untuk menunjuk perasaan terhadap satu rang undang-undang kontroversi.
TUNJUK PERASAAN: Ribuan pembantah berkumpul di sekitar kawasan pusat bandar dan ibu pejabat pemerintah untuk menunjuk perasaan terhadap satu rang undang-undang kontroversi. - Foto REUTERS

HONGKONG: Penggubal undang-undang Hongkong terpaksa menangguhkan satu perbahasan yang telah dirancang berhubung rang undang-undang penyerahan balik yang kontroversi pagi tadi (12 Jun) selepas ribuan pembantah menunjuk perasaan di kawasan ibu pejabat pemerintah dan kawasan pusat bandar.

Pihak berkuasa tempatan juga telah meminta kakitangan awam agar tidak pergi ke ibu pejabat pemerintah kerana pintu masuknya turut disekat pembantah.

Ekoran bantahan itu, pemerintah turut mengeluarkan kenyataan pada 11 pagi untuk mengumumkan bahawa mesyuarat untuk membahaskan rang undang-undang itu telah akan ditunda, lapor akhbar The Straits Times.

Februari lalu, pemerintah Hongkong telah mengusulkan perubahan kepada undang-undang penyerahan balik antara lain bagi membolehkan Hongkong menyerahkan individu ke China bagi dibicarakan di mahkamah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg