Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hospital kanak-kanak, wad bersalin di Ukraine musnah akibat serangan tentera Russia

Mar 10, 2022 | 4:33 PM
Hospital kanak-kanak, wad bersalin di Mariupol, Ukraine, musnah akibat serangan udara tentera Russia.
Hospital kanak-kanak, wad bersalin di Mariupol, Ukraine, musnah akibat serangan udara tentera Russia. - AFP

KYIV: Serangan udara oleh Russia pada Rabu (9 Mac) memusnahkan sebuah hospital pediatrik termasuk wad bersalin di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine, yang terkepung. Serangan itu mencederakan sekurang-kurangnya 17 orang. Pentadbiran tentera wilayah Donetsk memberitahu AFP, serangan itu berlaku ketika masih ada pesakit wanita sedang bersalin di hospital yang baru diubah suai itu. Serangan berlaku ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran perang dengan Russia mencetuskan krisis kesihatan di Ukraine.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, menyiarkan satu video di Twitter, yang menunjukkan kemusnahan teruk di kompleks perubatan itu, termasuk tingkap pecah dan dinding runtuh, yang menurutnya berpunca daripada serangan Russia. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg