Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hospital New York pecat, gantung khidmat kakitangan enggan divaksin

Sep 29, 2021 | 5:30 AM
TOLAK VAKSINASI: Sekumpulan kecil penunjuk perasaan antivaksin berhimpun di luar Hospital New York-Presbyterian pada 1 September lalu di New York City Menyusuli arahan mantan Gabenor Andrew Cuomo yang mengehendaki semua kakitangan hospital divaksinasi, ratusan pekerja hospital merentasi negeri itu menolak langkah tersebut. - Foto AFP
TOLAK VAKSINASI: Sekumpulan kecil penunjuk perasaan antivaksin berhimpun di luar Hospital New York-Presbyterian pada 1 September lalu di New York City Menyusuli arahan mantan Gabenor Andrew Cuomo yang mengehendaki semua kakitangan hospital divaksinasi, ratusan pekerja hospital merentasi negeri itu menolak langkah tersebut. - Foto AFP -

NEW YORK: Hospital di New York kini sedang membuat persiapan memecat ribuan pekerja penjagaan kesihatan kerana tidak mematuhi mandat vaksinasi Covid-19 yang berkuat kuasa kelmarin, dengan beberapa wilayah di beberapa negeri mengurangkan perkhidmatan yang disediakan kerana kekurangan kakitangan.

Pusat Perubatan Erie County (ECMC) di Buffalo telah menggantung pembedahan pilihan pesakit dan tidak akan menerima pesakit penjagaan intensif dari hospital lain sedang ia membuat persiapan memecat sekitar 300 pekerja yang tidak menjalani vaksinasi, kata seorang jurucakap.

Salah sebuah syarikat penyedia penjagaan kesihatan terbesar di Barat New York, Catholic Health, menyatakan ia akan menangguhkan beberapa pembedahan pilihan kelmarin sedang ia berusaha mempertingkat kadar vaksinasi, yang mencecah 90 peratus dalam kalangan pekerja pada tengah hari Ahad lalu.

Encik Peter Cutler, seorang jurucakap ECMC berkata, keputusan mengurangkan beberapa operasi akan menjejas pendapatan hospital, memandangkan pembedahan pilihan bagi pesakit di hospital memberi pulangan $1 juta setiap minggu, selain menyusahkan pesakit.

"Dari segi kewangan, ia sangat besar," kata Encik Cutler.

Jabatan kesihatan negeri New York mengeluarkan arahan pada bulan lalu mewajibkan semua pekerja penjagaan kesihatan menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama Covid-19 pada atau sebelum 27 September, hingga mengakibatkan hospital cuba menjalankan inokulasi ke atas seramai kakitangan yang mungkin.

Gabenor New York, Cik Kathy Hochul pada Sabtu lalu berkata, beliau sedang menimbangkan membawa masuk anggota tentera Pengawal Kebangsaan (National Guard) dan pekerja perubatan dari luar negeri untuk memenuhi kekurangan kaki tangan, dengan 16 peratus daripada sejumlah 450,000 kakitangan hospital atau anggaran kasar 72,000 pekerja tidak divaksinasi sepenuhnya.

Usaha inokulasi ini berlaku sedang pemerintah negeri dan pentadbiran persekutuan mahu menggunakan mandat vaksinasi untuk membantu memerangi jangkitan tinggi akibat varian Delta koronavirus itu dan pekerja yang menolak usaha tersebut, dengan ramai mengemukakan alasan agama untuk menolak vaksinasi. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg