Topic followed successfully
Go to BHkuHotel di Makkah terbakar
Premium
Hotel di Makkah terbakar
Aug 23, 2017 | 5:30 AM
Hotel di Makkah terbakar
MUJUR TIADA KORBAN JIWA: Kira-kira 600 jemaah haji terpaksa dipindahkan buat sementara selepas hotel yang mereka duduki di Azaziyah di tanah suci Makkah dilaporkan mengalami kebakaran kecil. - Foto KHALEEJ TIMES -
RIYADH: Kira-kira 600 jemaah haji terpaksa dipindahkan buat sementara selepas hotel yang mereka duduki di Azaziyah di tanah suci Makkah dilaporkan mengalami kebakaran kecil.
Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Encik Nayef al-Sharif, berkata tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan berlaku dalam kejadian itu, yang dipercayai berpunca daripada unit pendingin hawa rosak di tingkat lapan hotel berkenaan di Azaziyah, awam, lapor agensi berita Xinhua.

